Mempunyai rakan yang ambil berat terhadap diri kita sendiri, boleh dikatakan rezeki yang sangat tinggi untuk kita. Selain daripada ibu bapa kita, mereka jugalah yang ada bersama kita ketika susah dan senang.
Disebabkan itu, kita haruslah pandai memilih kawan yang sekufu atau sanggup susah senang dengan kita. Kerana, hidup ini jauh perjalanan dan memerlukan sokongan dari belakang. Sebab itu, kawan-kawan Khairul Aming sanggup jadi anak Khairul Aming kerana beliau sangat baik bersama kawan-kawannya.
Video yang dikongsikan oleh Khairul Aming di media sosial TikTok beliau, membuatkan ramai netizen kagum dengan cara beliau menghargai rakan-rakannya. Malah, ada juga netizen komen dan mengatakan nak jadi anak khairul aming.
Khairul Aming membahasakan kawan-kawannya sebagai anak-anaknya meskipun ada yang sudah berkahwin. Mungkin apa yang dibahasakan “anak-anak” itu maksudnya, sentiasa memasak makanan kepada mereka seperti Emak.
Melalui video yang dikongsikan, khairul aming berjalan seorang diri ke pasaraya untuk membeli barangan dapur. Satu sifat yang patut dicontohi oleh beliau kerana, sanggup berbelanja untuk mereka. Meskipun sibuk, masa yang terluang diluangkan kepada mereka.
Dalam pada sedang membeli barang di pasaraya, beliau sempat menerangkan perbezaan di antara daun ketumbar dan daun sup. Ramai lagi yang masih tidak dapat membezakan antara dua sayuran berikut. Beliau memberi tips bahawa, hanya cium sahaja bau dua daun tersebut untuk membezakan.
Seperti kita tahu, Khairul Aming sangat popular di Malaysia kerana masakan yang di masaknya sangat ringkas. Ramai juga yang telah ikut resepi Khairul Aming sebagai rujukan untuk memasak malah untuk menjual.
Berbalik kepada perkongsian video di TikTok Khairul Aming, banyak lauk yang dimasak. Sup Ayam, Ayam Sos Tiram, Telur Dadar dan Sos Thai untuk dicicah bersama ayam sos tiram.
Mana tidaknya netizen terliur, semua masakan yang dimasaknya semua sedap-sedap dan kecur air liur para netizen.
@khairulaming Besarnya anak khairulaming. Ada yang dah jadi laki orang dah 🫠 #makanlokal #hello2023
@khairulaming Besarnya anak khairulaming. Ada yang dah jadi laki orang dah 🫠 #makanlokal #hello2023 ♬ original sound – Khairulaming
Menjengah di ruangan komen, ramai yang mahu jadi anak Khairul Aming, siap tawarkan diri kerana boleh menangis malam-malam seperti bayi.
“Bang nak jadi anak abang. Saya boleh menangis memalam.”, gurau netizen bernama Iera Baharuddin.
“Kat mana nak apply jadi anak Khairul Aming?”, tanya warganet Hunnie.
“Semoga dapat husband macam Khairul Aming. Amin.”, sampaikan ada yang mendoakan untuk mempunyai suami seperti Khairul Aming kerana perilakunya yang baik dan dapat memberi contoh kepada orang ramai.
Berdasarkan perkongsian ini, maka wajarlah untuk dijadikan beliau sebagai contoh. Satu dalam sejuta untuk dapat kawan seperti beliau. Jika kita susah untuk cari kawan sepertinya, jadikanlah diri kita sendiri seperti beliau untuk mudahkan orang lain.
Besar pahala berbuat baik dengan orang lain, tambah lagi bersama dengan rakan yang selalu bersama jatuh bangun kita.
Kredit: Khairul Aming