Siapa tak kenal Kieda Crepe sekarang? Kebanyakan orang terutamanya penggemar makanan dessert sememangnya tahu akan kewujudan kedai Kieda Crepe. Perniagaannya semakin meluas dan maju serta mendapat sokongan ramai apabila tidak putus pelanggan yang beratur untuk masuk ke kedai Kieda Crepe hampir setiap hari jika kedai tersebut dibuka.
Antara amalan yang diamalkan olehnya adalah menjaga hubungan sesama manusia yang merupakan hal yang sangat dituntut oleh semua agama. Ia membawa berkat kepada kehidupan dan membuatkan rezeki semakin diperluaskan.
Terbaharu, videonya tular dan kembali menarik perhatian ramai apabila kebaikannya bersedekah kepada pelanggan dipuji ramai. Sedekah yang berbentuk barangan dari tanah suci Mekah seperti tasbih, inai, sejadah dan jubah selepas kepulangannya menunaikan Umrah di sana. Hal itu menggembirakan hati orang ramai lebih-lebih lagi pelanggan yang berkunjung.
“Yang mana datang kedai hari ini, hari ni ada last gift dari Mekah. Tinggal tasbih dan inai. Kelmarin yang mari kedai ada Kieda bagi sejadah custome made, dengan ada yang Kieda bagi jubah. Tapi semuanya dah habis. Cuma tinggal yang ni sahaja yang hujung-hujung yang mana beli RM70 keatas.
Dia juga berkata, jika pelanggan datang untuk membeli tetapi tiada bajet yang banyak, pelanggan disarankan untuk berbelanja sekurang-kurangnya RM70 gabungan harga crepe dan jualan vendor lain.
Kieda memberitahu, jika ada pelanggan yang datang hanya mahu membeli crepe buatannya, dia tidak menjualnya. Manakala jika beli makanan vendor dengan jumlah yang sedikit, maka sedikit lah crepe yang pelanggan tersebut akan dapat.
“Yang mana nak beli crepe Kieda sahaja Kieda minta maaf, Kieda tak jual. Sebab apa? Sebab kedai Kieda amalkan rezeki orang nombor 1, rezeki Kieda nombor 2. Minta maaf kalau rasa teringin sangat crepe boleh support peniaga-peniaga lain, ramai lagi meniaga crepe. In shaa Allah. Pilihan di tangan kita, kita pilih. Kalau kita tak suka, jangan ajak orang membenci,” terangnya lagi dalam hantaran itu.
https://www.tiktok.com/@kiedacrepe/video/7179851857941040411?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378
@kiedacrepeKedai kieda rezeki orang no 1 , rezeki kida no 2. Rezeki kita semua dari Allah 🤍♬ Aku Yang Dulu Bukan Sekarang – T e g a r
Melihat ruangan komen netizen, rata-rata terharu dan mendoakan agar peniaga kedai Kieda Crepe akan lebih dimurahkan rezeki kerana dalam berniaga, mereka turut berbagi rezeki dengan masyarakat.
“Lawa tasbih berkilat. Semoga Kieda dimurahkan rezeki. In shaa Allah,” komen netizen kepada peniaga kedai Kieda Crepe terbabit.
Buat peniaga Kieda Crepe dan peniaga lain di luar sana, semoga dimurahkan lagi rezeki dan bersama-sama menolong masyarakat untuk berniaga.
Sumber: Kieda Crepe