Ada yang masih belum berkahwin, masih tertanya-tanya di mana jodoh mereka? Bagaimana pula cara mereka bertemu, adakah secara spontan atau cara yang paling tak disangka. Seperti lelaku ini, siapa pernah menyangka dari jualan aiskrim, itulah jodoh yang ada di depan mata.
Percayalah, semua jodoh telah ditetapkan oleh Tuhan sejak anda di dalam rahim ibu anda lagi. Selain itu, baik dan buruk semua telah ditentukan olehnya. Maka, jalani sahaja.
Perkongsian video yang mencuit hati ini daripada Walid Saffinemencecah tontona sebanyak 1 juta tontonan. Ia menceritakan tentant seorang lelaki yang bekerja sebagai penjual aiskrim dengan motor dan telah berjumpa jodohnya sendiri semasa berkerja.
Sungguh indah Tuhan aturkan perjalan lelaki ini, hanya bertemu jodoh begitu sahaja yang merupakan wanita bekerja sebagai cikgu di sebuah taska. Dan dia telah melangsungkan perkahwinan bersama cikgu taska tersebut.
Netizen juga bertanya kepada lelaki ini, siapa yang mengorat terlebih dahulu. Terus lelaki ini membalas bahawa dia sendiri yang mulakan langkah pertamanya untuk memikat hati si isterinya sekarang.
Manis apabila melihat cara abang ini bertemu dengan isterinya, mudah sahaja Tuhan aturkan perjalanan kehidupan mereka.
Melihat kepada video yang dipaparkan, isterinya membeli aiskrim dengan lelaki ini sejak tahun 2020 lagi. Direkodkan oleh kakak iparnya sendiri dan menjadi memori indah untuk mereka. Dikatakan, video itu direkod melalui celah tingkap taska sahaja.
“Oh, ini rupanya kerja kau! Konon-konon beli aiskrim.”, usik kak ipar beliau melalui video tersebut. Seperti mereka sudah tahu, lelaki ini sudah mahu memikat hati adiknya.
@walidsaffine Replying to @toyyeibar Ni video asal.. π 2020 punya cerita π akak ipar rakam celah tingkap
β¬ original sound – Walid Saffine – πππ‘ππ ππ’π€π€π©ππ
@walidsaffine Replying to @toyyeibar β¬ original sound – Walid Saffine
Menjengah di ruangan komen, ramai yang sokong dengan cara abang ini. Dan ada yang meminta tips cara memikat si isteri supaya jatuh hati dengan kita.
“Kalau nak kawin kena jual ice cream. Catat-catat.”, komen netizen bernama Shinichi.
“Kenapa penjual ice cream tempat aku semua baiya.”, gurau netizen bernama Syaa yang seakan serius dengan komennya.
“Uncle yang jual aiskrim kat kawasan rmh saya ni tak relax oo, dia bawa motor cam tak nak bagi saya beli!”, mengeluh kakak ini yang bernama Kennot Beghain Lahh.
Kepada sesiapa yang masih membujang dan tidak bertemu jodoh lagi. Diharapkan untuk sentiasa bersabar dan bertenang dan percaya kepada perjalanan hidup kita,Β nescaya apabila waktu yang tepat tiba, jodoh kita akan sampai juga.
Mungkin jodoh anda hanya di depan mata atau sekeliling anda sahaja. Siapa yang tahu, kan?
Baca Juga: Wanita Ini Hairan Dipandang Pelik Oleh Semua Masa Pergi Beli Plastik Aiskrim, Rupanya Ini Sebabnya..