Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Inovasi Makanan Yang Pelbagai, Resepi Samyang Rice Paper – Boleh Makan Sambil Menonton Korean Drama Bersama Tersayang!

Inovasi Makanan Yang Pelbagai, Resepi Samyang Rice Paper – Boleh Makan Sambil Menonton Korean Drama Bersama Tersayang!

Kategori: ,,

Sebelum ini banyak perkongsian resepi masakan bersama seisi keluarga tapi kali ini boleh masak bersama kekasih hati anda.

Ini adalah antara inovasi makanan yang sangat viral di semua laman media sosial. Biasanya kita dengar rice paper dibuat untuk vietnam roll tapi kali ini adalah Resepi Samyang Rice Paper.

Inovasi Makanan Yang Pelbagai, Resepi Samyang Rice Paper – Boleh Makan Sambil Menonton Korean Drama Bersama Tersayang!

Untuk penggemar makanan korea, ini adalah salah satu resepi yang sesuai untuk dimakan semasa menonton kdrama atau Running Man dan sebagainya.

Resepi Samyang Rice Paper boleh dimakan bersama sos yang sesuai untuk dicicah.

Samyang Rice Paper

Bahan-Bahan:

  • Satu paket Samyang
  • Rice paper
  • Cheese slice
  • Chicken popcorn

Cara-Cara Penyediaannya:

  1. Rebus Samyang dalam air panas dan toskan sebelum digaulkan dengan perencah Samyang.
  2. Basahkan rice paper dan letak atas board/tray.
  3. Di bawah sekali letakkan chicken popcorn, kemudian cheese slice yang dah dipotong kecil ikut kesesuaian.
  4. Akhir sekali letakkan Samyang.
  5. Kuantiti mi Samyang jangan banyak sangat, nanti meletup pulak wrap tu.

Samyang Rice Paper

Dah siap dan sedia untuk dimakan! Kalau anda sukakan yang rangup, anda boleh gorengkan sekejap di atas pan dahulu.

Mudah bukan? Bahan-bahannya hanya gunakan sedikit sahaja untuk Samyang Rice Paper ini.

Kredit: Aisyah Nailah Mohd Razman

Baca Juga: Suka Samyang Tapi Tak Tahan Pedas? Jom Buat Samyang Mix Susu Ni, Rasa Padu Habis!

tags: | |