Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Takda Yang Nak Tolong Aku..”, Restoran House Of Kambing Iklankan Kerja Kosong Dengan Cara Kreatif, Ramai Netizen Puji Hingga Nak Apply Terus Kerja!

“Takda Yang Nak Tolong Aku..”, Restoran House Of Kambing Iklankan Kerja Kosong Dengan Cara Kreatif, Ramai Netizen Puji Hingga Nak Apply Terus Kerja!

Kategori:
House Of Kambing

Seperti sedia maklum, industri food and beverage (F&B) sememagnya berada dalam paras yang merisaukan apabila ketiadaan tenaga kerja untuk melangsungkan operasi perniagaan di sesebuah kedai makan ataupun restoran.

Hal ini disumbang oleh beberapa faktor kompleks yang perlu difikir secara menyeluruh. Pemasaran dan marketing untuk orang ramai mengetahui ada kekosongan jawatan di sesebuah kedai makan ataupun restoran juga menjadi faktor penyumbang. Terkadang, orang ramai tidak tahu akan tawaran dan kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh majikan.

“Takda Yang Nak Tolong Aku..”, Restoran House Of Kambing Iklankan Kerja Kosong Dengan Cara Kreatif, Ramai Netizen Puji Hingga Nak Apply Terus Kerja!

House Of Kambing

Dalam kebimbangan ini, sebuah restoran House Of Kambing memasarkan jawatan kosong di premis mereka dengan kreatif dan imaginatif. Pemberitahuan kerja kosong mereka mendapat perhatian orang ramai khususnya pengguna TikTok apabila mereka menyampaikan ia dengan cara nyanyian bersama lirik serta melodi yang sedap didengar di halwa telinga.

Video iklankan kerja kosong dengan cara kreatif itu telah menarik minat orang ramai untuk menontonnya dan secara tidak langsung mereka mendapat informasi berkenaan tawaran gaji dan maklumat berkenaan kerja kosong di restoran House Of Kambing tersebut.

“Yeah, hari-hari kena cover dua kedai, dua shift sebab tak cukup staff nak cover dua kedai. Boss cakap buat je dulu, nanti aku carikan kau kawan baru. Dua bulan sudah berlalu tapi tiada yang nak tolong aku sapu.

“Aku penat buat kerja sorang, tolong, aku hanya nak ada kawan. So, mohon kerja sekarang. Service Crew, Kitchen Crew, RM2K – RM2.5K. Klik link di bio sekarang,” nyanyi seorang pekerja House Of Kambing mempromosikan kerja kosong kepada orang yang berminat bekerja bersamanya.

“Aku Penat Buat Kerja Sorang, Tolong Aku Hanya Nak Kawan…”

House Of Kambing

Dengan riak wajah dan melodi daripada lagu asal oleh Akon, dengan tajuk lagu Lonely, video iklan kerja kosong berkenaan mendapat sehingga 109 ribu lebih tanda suka dan sebanyak 2 ribu lebih komen, setakat artikel ini ditulis.

House Of Kambing

@hok.asia🥹🥹🥹♬ original sound – House Of Kambing

Meninjau ruangan komen netizen, ramai yang terpaku dan memuji cara kreatif iklan kerja kosong restoran House Of Kambing tersebut dan ramai juga yang ingin memohon kerja setelah melihat informasi menarik yang dinyatakan dan dinyanyikan oleh pekerja berkenaan.

“Unik betul iklan jawatan kosong ni, penutup 2022 yang rare,” kata salah seorang netizen dengan nama Awan.

“Mana bang, saya nak kerja ni,” tulis netizen lain dengan nama Ash.

Promosi Iklan Kerja Kosong Menarik! Penonton Tengok Sampai Habis

House Of Kambing

Melihat kepada video iklan kerja kosong ini, dengan cara kreatif yang dipamerkan melalui nyanyian, ia bukan sahaja menarik minat orang ramai untuk memohon kerja kosong, tetapi juga menyedarkan orang ramai tentang kewujudan restoran House Of Kambing dan ramai yang ingin mencubanya.

Sumber: House Of Kambing

Baca juga: Pergi Sarapan Di Warung Roti Canai & Lupa Bawa Cash, Pelanggan Ini Tak Sangka Dilayan Sebegini..

tags: | |