Memang ramai yang samakan kepala ikan keli dengan kepala ular sawa apabila sudah dimasak. Kepala ikan keli yang berbentuk leper seakan-akan sama dengan makhluk reptilia tersebut.
Ramai juga netizen beranggapan bahawa ini adalah salah satu sebab mengapa mereka tidak memakan ikan keli kerana disebabkan hal ini.
Video ini dikongsikan oleh shahrizal099 dan meraih banyak komen daripada netizen tentang cara lelaki ini gula-gulakan netizen.
Terdapat pelbagai reaksi yang berbeza daripada netizen, ada yang mengatakan geli, ada yang craving ingin makan ikan keli yang besar.
Dengan nada suara yang bersungguh-sungguh bahawa ianya sedang makan kepala ular sawa. Lelaki ini hanya bergurau sahaja bahawa beliau sedang memakan kepala ular sawa.
Corak dan bentuk kepala ikan keli tersebut sangat sama dengan kepala ular sawa. Lelaki ini masih lagi berfikiran normal untuk memakan makhluk reptilia tersebut.
Tetapi, kalau diikutkan, kurang eloklah disamakan rezeki dengan benda yang diharamkan untuk kita makan. Ini akan dapat memberi netizen lain beranggapan benda yang sama.
@shahrizal099 kepala ular sawa batik #fyppppppppppppppppppppppp
@shahrizal099 kepala ular sawa batik #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – BangDengung
Meninjau di ruangan komen, ada sesetengah netizen terhibur dengan video abang ini tapi ada juga beranggapan bahawa tidak elok jika buat begitu.
“Abang jangan nak gula-gula kan saya”, tegas komen netizen Ceknys terhadap video ini.
“Itu ikan lele ya adik-adik”, komen netizen Jupiter Konten daripada negara jiran kita.
Jadi, janganlah kita cuba untuk membanding-bandingkan rezeki yang ada di depan mata kita. Kerana tidak semua orang dapat merasa atau makan sekalipun kerana ketiadaan wang.
Kredit: shahrizal099
Baca Juga: “Janganlah Biadap Sangat..”, Wanita Ini Dikecam Kerana Masak Ular Sawa, Netizen Minta Hormat Agama Lain!