Untuk membentuk peribadi seseorang, ia perlu diajar dan diasuh sejak dari kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mendidik supaya anak menjadi seorang yang cakna dengan keadaan sekeliling seperti membantu orang yang susah adalah hal yang sangat mulia dan perlu diajar oleh ibu bapa.
Seperti sebuah video yang tular semalam di TikTok, seorang budak perempuan menarik perhatian ramai apabila cara dia berfikir dan berkomunikasi begitu mempesonakan. Melalui video yang dikongsi oleh bapanya, dia menceritakan bagaimana anaknya yang masih kecil bijak berfikir melalui tindakannya membantu orang.
“Siapalah nak beli. Aku bayar-bayar tiada pun orang. Kasihan dia. Panggil dia, panggil dia. Haaa bukak tingkap,” kata budak perempuan bantu peniaga mangga berkenaan.
Selepas memanggil peniaga mangga tersebut, budak perempuan yang dikenali sebagai Anggun membeli dan membayar mangga yang dijual peniaga tersebut.
Dia kelihatan begitu gembira apabila dapat membantu dan meringankan beban peniaga terbabit. Wajahnya terpancar dengan kebahagiaan yang tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata.
“Terima kasih bang!” kata bapanya.
https://www.tiktok.com/@mstakmhmzh/video/7184267221525433626?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378
@mstakmhmzh Terpaling mudah kesiankan orang 😂 #fypシ゚viral #xyzbcaaaaaaaa #fypシ #fatherdaughter #daughter #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Luka – MADAM
Meninjau ruangan komen, ramai netizen yang terpaku dan terharu melihat kebijakan yang ditunjukkan oleh budak perempuan bantu peniaga mangga tersebut. Bukan sahaja baik hati sejak kecil, tetapi cakna terhadap keadaan dan situasi seseorang juga petah berkata-kata.
“Alahai comel Anggun. Mudah kasihan dekat orang ni,” kata seorang netizen dengan nama Rose memuji budak perempuan bantu peniaga mangga cari rezeki berkenaan.
“Adik kecil pelapis akan tolong orang susah suatu hari kelak. Murah rezeki kamu suatu hari kelak,” kata netizen lain dengan nama Nana, mendoakan kesejahteraan budak perempuan bantu peniaga mangga tersebut.
“Happy dia dapat tolong abang tu. Dah lah comel, lembut hati pulak tu,” kata Fatin Nabilah.
Semoga kebaikan anak-anak kecil ini disemai sejak dari mereka berumur setahun jagung lagi. Kita perlukan insan-insan berjiwa besar seperti ini untuk keharmonian dunia dan kemanusiaan terus kekal. Semoga baik-baik sahaja buat kita semua.
Sumber: mstskmhmzh