Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Beli Tahun Lepas, Tahun Ni Baru Makan” – Lelaki Ini Beli Bubur Kacang Hijau Tapi Jadi Taugeh, Masih Awal Tahun Tapi Kehidupan Dah Ajak Bergurau

“Beli Tahun Lepas, Tahun Ni Baru Makan” – Lelaki Ini Beli Bubur Kacang Hijau Tapi Jadi Taugeh, Masih Awal Tahun Tapi Kehidupan Dah Ajak Bergurau

Kategori:

Lawak “masuk jamban” ini selalu digunakan ketika sambutan tahun baru. Mengatakan bahawa jika masuk tandas hari ini (31 Disember malam), akan keluar tahun depan (1 Januari).

Lawak ini selalu digunakan pada tahun 2000. Kisah ini disamakan dengan lelaki ini beli bubur kacang hijau tapi jadi taugeh.

“Beli Tahun Lepas, Tahun Ni Baru Makan” – Lelaki Ini Beli Bubur Kacang Hijau Tapi Jadi Taugeh, Masih Awal Tahun Tapi Kehidupan Dah Ajak Bergurau

Mungkin sama juga dengan kisah lelaki berasal dari negara jiran kita ini, dimana Topesraymond. Beliau membeli bubur kacang hijau ini tetapi lain pula jadinya.

Semasa beliau sudah meletakkan bubur tersebut ke dalam mangkuk, alangkah terkejutnya melihat taugeh sudah bercambah dari kacang hijau tersebut.

bubur kacang hijau tapi jadi taugeh

Disebabkan itu lah lawak jamban itu digunakan, kerana lelaki ini terkena pada awal tahun. Dikatakan membeli bubur kacang hijau ini pada akhir tahun lepas dan baru hendak makan awal tahun ini.

Mungkin reaksi lelaki ini tidak tahu untuk digambarkan, mahu sedih atau ketawa. Kerana, sebagai netizen yang melihat video ini, ia sangat kelakar kerana jarang sekali berlaku.

bubur kacang hijau tapi jadi taugeh

“Masih awal tahun tapi hidup dah ajak bergurau”, itu lah yang diungkapkan lelaki ini selepas melihat bubur kacang yang dibelinya berlaku seperti itu.

@topesraymond Capek banget masih tanggal 02 #raymondtopes #topes ♬ Sempurna – DENII

Kacang Dia Dah Jadi Taugeh Siaa!

Meninjau di ruangan komen, kita dapat saksikan ramai netizen terhibur dan bersimpati dengan lelaki berasal dari negara jiran, Indonesia ini.

“Bubur tauge hijau!”, netizen bernama Nadaa memberi nama pula kepada makanan tersebut.

“Teringin pulak nak makan bubur kacang hijau, letak durian”, gurau Lynalyyn di dalam ruangan komen tersebut.

bubur kacang hijau tapi jadi taugeh bubur kacang hijau tapi jadi taugeh bubur kacang hijau tapi jadi taugeh

Begitulah kehidupan, lelaki ini sudah diuji walaupun baru permulaan tahun baru. Tetapi kisah lelaki ini telah menjadi hiburan kepada warga netizen.

Diharap lelaki ini digantikan bubur kacang hijau yang baru. Bertabah ya bang!

Sumber: Topesraymond

Baca Juga: Cara Mudah Buat Bubur Kacang Hijau Durian Yang Sedap Dan Cepat, Tak Sampai 1 Jam Dah Siap

tags: | |