Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Nama Pelik Tapi Benar, Resipi Ikan Tenggiri Botok-Botok Menjadi Kegemaran Orang Ramai, Cubalah Dulu Baru Judge!

Nama Pelik Tapi Benar, Resipi Ikan Tenggiri Botok-Botok Menjadi Kegemaran Orang Ramai, Cubalah Dulu Baru Judge!

Kategori: ,

Mula-mula anda mendengar nama masakan ini, mesti terkejut kerana tidak pernah didengar orang sejenis nama begini. Resepi Ikan Tenggiri Botok-Botok ini sedap tetapi sangat renyah untuk dimasak.

Kenapa namanya “botok-botok”, ini kerana ia adalah hidangan tradisional orang jawa yang diperbuat dari carik isi kelapa yang telah diperah dari santan. Ia juga selalu dicampurkan dengan bahan-bahan lain seperti sayur-sayuran atau ikan lalu dibalut dengan pisang dan dikukus.

Naman Pelik Tapi Benar, Resepi Ikan Tenggiri Botok-Botok Menjadi Kegemaran Orang Ramai, Cubalah Dulu Baru Judge!

Resepi Ikan Tenggiri Botok-Botok ini sesuai untuk dimakan bersama nasi yang panas. Resepi ini dikongsikan oleh Nurul Nadia Kamarudin dan mendapat share yang banyak di semua Facebook Page masakan.

Resepi Ikan Tenggiri Botok-Botok

Bahan-Bahan Kisar:

  • Rempah Kari
  • Kerisik
  • Asam jawa
  • Cili kering
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Garam
  • Gula

Bahan-Bahan Lain:

  • Daun Kunyit
  • Daun Kesum
  • Ikan tenggiri
  • Ulam
  • Pucuk Ubi
  • Pucuk Betik
  • Pucuk Labu
  • Daun Kaduk
  • Daun Pudding
  • Daun Bebuas
  • Ulam raja
  • Daun pisang (untuk dibungkus)

(boleh sahaja untuk mix dan match daun-daun ini ikut selera masing-masing kerana susah jugak nak cari daun-daun yang jarang dijumpai itu.)

Cara Penyediaannya:

  1. Blend dan gaulkan bahan kisar sehingga sebati dan cukup rasa.
  2. Kemudian, hiriskan daun kunyit dan daun kesum. Gaulkan sekali dengan paste yang telah dikisar.
  3. Layurkan daun pisang kemudian alaskan dengan ulam-ulam di atas. Boleh susun untuk nampak lebih kemas supaya senang untuk dibungkus nanti.
  4. Letak paste 1 senduk, dan letak ikan dan tutup ikan tersebut dengan paste lagi.
  5. Selepas siap kesemuanya, bungkus seperti nasi lemak dan kukus selama setengah jam supaya daun menjadi lembut dan paste dimasak secukupnya.

Resepi Ikan Tenggiri Botok-BotokResepi Ikan Tenggiri Botok-BotokResepi Ikan Tenggiri Botok-Botok

Nampak renyah tapi sangat sedap untuk dimakan. Bolehlah sekali sekala untuk memasak Resepi Ikan Tenggiri Botok-Botok ini.

Selamat Mencuba!

Kredit: Nurul Nadia Kamarudin

Baca Juga: Lelaki Ini Kongsi Resepi Botok-Botok Diraja Johor, Cukup Untuk 20 Bungkus Hidangan!

tags: | |