Siapa yang tak suka makan pencuci mulut tu memang rugilah betul tak ? Pencuci mulut seperti cheese tart memang sangat digemari oleh semua orang. Dengan rasanya yang lembut dan rapuh, pastinya akan memikat hati sesiapa sahaja yang makan.
Cheesetart ini sangat dikenali menjelang hari perayaan, memang tak asing lagi dengan rasanya yang manis. Yang pasti kalau dah makan sekali memang tak boleh nak berhenti.
Kalau nak tahu, resepi lava cheese tarts ni sangat senang dan simple. Kita boleh buat sendiri je lagi jimat tak perlu order.
Resepi Lava Cheese Tarts Terpaling Sedap, Yang Penting Cheese Dia Banyak & Tak Muak. Pencinta Cheese Harus Cuba!
Bahan untuk Tart Shell
- Anchor UnSalted Butter 150 gram
- Icing sugar 50 gram
- Telur Gred A sebiji
- Tepung serbaguna 300 gram
- Garam
Cara Penyediaan
- Campurkan semua butter dan icing sugar di kacau rata.
- Tambahkan sebiji telur dan tinggalkan sehingga menjadi doh.
- Rehatkan doh selama 30 minit di dalam chiller dan masukk ke dalam loyang tarts mengikut saiz yang dikehendaki
- Buat setebal 2mm dan bakar tart shells pada suhu 180C selama 13-15 minit.
Bahan untuk Lava Cheese
- Anchor Cream Cheese 250gram
- Anchor Salted Butter 50gram
- Anchor Whipping Cream 150g
- Susu UHT 100gram
- Perfect Italiano Parmesan Cheese 15gram
- Gula 100gram
- Tepung Kastard 15gram
- Telur Grade A sebiji
- Esen Vanilla satu sudu kecil
Cara Penyediaan
- Campurkan cream cheese, butter, whipping cream, susu, parmesan dan gula
- Semua sekali mengunakan cara double boil dengan air panas pastikan semua sebati.
- Asingkan air tersebut dan masukkan tepung kastard, telur, esen vanilla
- Gaul rata sehingga adunan menjadi pekat.
- Tinggalkan adunan di dalam peti sejuk beku selamat 2 jam sebelum di sapu dengan putih telur.
- Bakar pada 230C untuk 7-8 minit sehingga bahagian atas bertukar keperangan.
Yeayy! Resepi lava cheese tarts dah siap! Tak perlu tunggu raya atau majlis baru nak buat. Nanti kalau rasa nak makan haa boleh terus buat sendiri.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
Sumber: Seminit Resepi
Baca juga: Peniaga Kongsi Resepi Pencuci Mulut Cheese Strawberry, Makan Sejuk-Sejuk Memang Nikmat!