Ibu bapa haruslah memainkan peranan yang penting untuk menjadi contoh kepada anak-anak mereka. Kerana, ibu bapa adalah yang akan menjadi role model kepada mereka dan akan mengikuti perangai anda kelak.
Kisah adik Damia ini menjadi contoh yang baik kepada kanak-kanak lain dimana beliau cuci pinggan KFC yang telah digunakan.
Video ini telah dikongsikan oleh cikgu beliau im_chowok, dan mendapat pujian daripada warganet sendiri kerana sifat terpuji Damia. Kisah gadis ini boleh dijadikan contoh kepada kanak-kanak yang lain, walaupun masih kecil tetapi sudah mempunyai sifat yang rajin.
Netizen juga memuji dan ucapkan tahniah kepada ibu bapa beliau kerana mendidik menjadi insan yang mempunyai budi pekerti dan mulia.
Kita dapat lihat, bukan sahaja pinggan beliau yang dibasuh tetapi semua pinggan kawan-kawannya juga dibasuh. Jika pekerja KFC ini melihat kelakuan adik Damia ini, mungkin akan terpegun dan berterima kasih dengan beliau.
Kisah adik Damia ini patut dicontohi dan wajar dipuji oleh warga netizen. Bukan sahaja viral, tetapi dapat memberi pengajaran kepada netizen lain.
Selepas sahaja selesai membasuh pinggan, beliau meletakkan pinggan tersebut ke atas almari yang telah disediakan untuk meletakkan pinggan-pinggan tersebut.
Mungkin kanak-kanak lain beranggapan, perkara ini sangat ganjil tetapi untuk orang dewasa seperti kita akan berasa sangat kagum dengan sifat beliau.
@im_chowok sabar.. sabar.. aku nak terapkan nilai murni je. Hbis makan buang sampah kemas meja.. ni kau bantai cuci pinggan tu kenapa.? sakit kepala aku.
@im_chowoksabar.. sabar.. aku nak terapkan nilai murni je. Hbis makan buang sampah kemas meja.. ni kau bantai cuci pinggan tu kenapa.? sakit kepala aku.♬ original sound – im_chowok
Sesungguh jikalau meninjau ruangan komen, sudah pasti jangkaan komen yang semua meraih pujian dan positif daripada warganet kepada adik Damia ini.
“Syukurrrrr, anak sangat memahami didikan orang tua”, puji netizen bernama Sharkparo kepada adik Damia ini kerana menggunakan ajaran yang didik oleh kedua ibu bapa beliau.
“Confirm seorang yang rajin”, puji lagi daripada netizen bernama Dexter Awit kepada beliau.
Jadi melalui perkongsian ini, syabas dan tahniah diucapkan kepada ibu bapa Damia kerana dapat mendidik anak beliau menjadi seorang yang sentiasa menerapkan nilai-nilai murni. Wajarlah ia mendapat pujian daripada orang ramai kepadanya.
Sebagai seorang dewasa juga, kita dapat mengambil pengajaran daripada kisah adik ini.
Kredit: im_chowok