Kecoh dua tiga hari ini, tentang seorang pelakon Malaysia telah berkahwin dua tanpa memikirkan perasaan isteri yang pertama. Ramai lelaki di Malaysia kena warning dengan para isteri, tunang dan teman wanita.
Bimbang jika mereka terikut sekali dengan perangai artis Malaysia tersebut yang bertindak sedemikian.
Video ini dikongsikan oleh didiyzaidy di media sosial beliau di TikTok. Ketika itu mereka sedang keluar makan bersama di kedai makan, teman wanita beliau belum sempat menjamah makan lagi sudah warning beliau supaya jangan gatal seperti artis tersebut.
Beliau hanya mampu terdiam dan sambil makan yang telah dipesan sambil mendengar leteran daripada teman wanita beliau.
Kalau diletakkan diri kita sebagai teman wanita, wajarlah untuk warning awal-awal takut kita juga akan terkena. Seperti seorang penyampai radio Suria FM berkata semua orang mengatakan, cubit peha sorang isteri, semua peha isteri di Malaysia terasa.
Bimbang dan gusar jika pasangan kita mampu berubah sekelip mata sahaja jika ada orang yang ketiga.
Berbalik kepada cerita lelaki ini pula, diharap dapat bersabar. Mungkin teman wanita beliau hanya bergurau dan sudah kenal perangai anda macam mana. Tak semua lelaki sama seperti artis Malaysia tersebut.
https://www.tiktok.com/@didiyzaidy/video/7185460193617055003?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&item_id=7185460193617055003
@didiyzaidy Belum kahwin dah kena warning.. cantikk 👍🏼 #foryou #fyp ♬ suara asli – hierapsz.
Menjengah di ruangan komen ramai yang menyokong teman wanita beliau dan mempunyai pengalaman yang sama yang dihadapi oleh lelaki ini.
“Saya pun tengah tunggu suami balik ni. Geram je hati ini walaupun dia tak buat hal”, bimbang Puan Ibu Hael dengan suaminya kerana isu isu semasa ini.
“Abang tak keseorangan. Saya pun ada warning suami saye tadi haha”, komen Mommy Rocket dan memberitahu bahawa beliau juga sama seperti teman wanita lelaki ini.
Begitulah kehidupan, janganlah cuba untuk mencari masalah jika masalah tidak mencari anda. Banyak buruk dari baiknya jika kita cuba mengeruhkan keadaan.
Semoga kita sentiasa mendapat pasangan yang baik untuk kehidupan kita selamanya.
Kredit: didiyzaidy
Baca Juga: “Salah Lagi Ke Aku?”, Tolong Belikan Sup Bunjut Untuk Isteri Pun Kena Marah, Lelaki Ini Hairan