Nasi Lemak adalah makanan kegemaran ramai tak kira peringkat umur, agama ataupun bangsa lebih-lebih lagi masyarakat Melayu.
Sering tular di FYP TikTok, Abang Sudu seorang tauke Nasi Lemak RM1 sentiasa menolak bayaran nasi lemak daripada pelanggannya.
Namun demikian, mereka sentiasa berusaha pelbagai taktik untuk membayar sehingga kadang-kadang memberi helah untuk menipu pandangan mata Abang Sudu.
Nasi Lemak yang dijual sentiasa di siarkan secara langsung di akaun TikTok miliknya setiap pagi kecuali pada hari ahad.
Setiap hari barisan yang menunggu giliran untuk membeli nasi lemak adalah sangat panjang. Mereka akan sentiasa berusaha untuk membayar harga nasi lemak yang dibeli.
Menerusi video yang telah dimuatnaik, kelihatan 2 kanak-kanak lelaki yang datang membeli nasi lemak dan meletakkan RM10 ke dalam bakul.
Adegan yang paling mencuit hati adalah ketika 2 kanak-kanak tersebut datang kembali dan meminta wang yang diberikan tadi.
“Ini kes unik” ujar Abang Sudu dengan telatah kanak-kanak tersebut.
https://www.tiktok.com/@bangsudu/video/7186607129518771482?is_from_webapp=v1&item_id=7186607129518771482&web_id=7140871063109371394
@bangsudu Taktahu lah nak buat apa dah 😂😭 #fyp #foryou #suduada ♬ original sound – TAUKE NASI LEMAK RM1
Meninjau ke ruangan komen, netizen terhibur dengan gelagat kanak-kanak tersebut. Ada yang memuji dan ada juga yang mencipta dialog ibu dan kanak-kanak tersebut.
“Sihat-sihat customer abang, pagi-pagi dah berlari” Komen netizen
“Mesti mak dia tanya, “nasi ni berapa sangat kau beli, mana duit lebihnya” Ujar Hidayah Husna di ruangan komen dengan emoji ketawa.
Konklusinya, setiap niat yang baik akan sentiasa dihadirkan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda. Cara Abang sudu yang jujur dalam menjual nasi lemak meraih perhatian warganet.
Kita perlulah sentiasa berlaku jujur dalam apa jua keadaan pun agar hal-hal yang baik juga akan berlaku kepada kita.
Kredit: bangsudu