Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » “Sedap, Makan Dengan Chutney Lagi Sedap”- Resepi Tosei Turun-Temurun Dari Arwah Nanny Menjadi Kegemaran Sejak Dulu. Cubalah!

“Sedap, Makan Dengan Chutney Lagi Sedap”- Resepi Tosei Turun-Temurun Dari Arwah Nanny Menjadi Kegemaran Sejak Dulu. Cubalah!

Kategori: ,

Tosei merupakan hidangan tradisi kaum India dan di sesetengah negeri di India, tose merupakan makanan ruji penduduk tempatan.

Lazimnya, tose dihidangkan untuk sarapan bersama dengan aneka jenis kuah (sebagai perasa sampingan); sebagai contoh kuah dal, kari ayam atau kari ikan, serta cutni iaitu sejenis kuah pekat yang diperbuat daripada campuran kelapa yang dikisar serta perencah rempah dan cili.

Ikuti resepi tosei turun-temurun yang dikongsikan oleh Fatimah Saari

“Sedap, Makan Dengan Chutney Lagi Sedap”- Resepi Tosei Turun-Temurun Dari Arwah Nanny Menjadi Kegemaran Sejak Dulu. Cubalah!

Bahan-bahan:
  • 1 cawan kacang ulunthu
  • 1 cawan nasi sejuk
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu yis mauripan
  • Garam
  • Air 3 cawan

tosei turun-temurun

Cara Penyediaan:

  1. Cuci kacang ulunthu dan rendam selama 5-6jam, kemudian blend sampai halus bersama dengan nasi sejuk.
  2. Letak garam sedikit. Kemudian tuang ke dalam bekas yang lain bancuh bahan blend dengn air, tepung beras dan yis
  3. Peramkan lagi semalaman tutup dengan tudung periuk bertujuan untuk menaikkan doh.
  4. Sapukan kuali leper dengan minyak masak sedikit, tuangkan tepung yang diperam sebanyak satu senduk dan ratakan, biarkan sehingga garing bawah. Kemudian tutup api.
  5. Gulung atau lipatkan, siap dan boleh dihidangkan.                                                      tosei turun-temurun

Nota: Untuk tahu lebih lanjut boleh menonton video di link kredit.

Kredit: Fatimah Saari

Baca juga: “Sedap, Makan Hari-Hari Pun Takpe”- Kuasa FYP TikTok Ni Sangat Luar Biasa, Resepi Sup Telur Diet Buat Ramai Ingin Cuba!

tags: |