Memang benda ini selalu terjadi kepada kaum wanita yang suka makan di luar. Tambahan pula bila memakan berasaskan coklat dan memang wajib akan kena di tudung atau baju.
Ada juga ketika memakai tudung atau baju putih, walaupun berwaspada masih juga akan terkena dan tidak tahu mengapa.
Cerita yang dikongsikan oleh fatinlee.a, dimana beliau sentiasa akan terkena makanan di tudung. Beliau sehinggakan selalu bawa alcohol swab di dalam beg.
Beliau menceritakan bukan sekali ini sahaja akan ada stain, pergi keluar temu janji bersama teman hati beliau juga berlaku kejadian yang sama. Ketika beliau sedang memakan mee rebus yang mempunyai udang kering, habis terkena di lengan baju beliau.
Kisah ini boleh dikaitkan untuk kita semua, ketika terjadi sesuatu hari yang pentinglah akan terjadi benda ini. Walaupun sudah berjaga-jaga masih akan terkena juga kepada kita.
Disebabkan itulah boleh ikut saranan wanita ini untuk sentiasa membawa alcohol swab untuk hilangkan kotoran tersebut dengan mudah.
@fatinlee.a Sape mcm KakManis,perangai makan mcm Budak2 🤣 #ceritakakmanis #fyp #seo #fypdongggggggg #masukberandafyp #roadto5kfollowers #followtosupport
@fatinlee.a Sape mcm KakManis,perangai makan mcm Budak2 🤣 #ceritakakmanis #fyp #seo #fypdongggggggg #masukberandafyp #roadto5kfollowers #followtosupport ♬ original sound – fatin.Lee
Bukan alcohol swab sahaja dapat hilangkan kotoran di pakaian malah hand sanitizer juga mampu membersihkan kotoran yang ada di fabrik. Kerana kandungan di hand sanitizer adalah alkohol dan akan lebih efektif jika dilakukan dengan kadar segera.
Kesimpulannya, jika kita mempunyai masalah yang sama seperti wanita ini. Bolehlah untuk sentiasa menyediakan alcohol swab atau hand sanitizer untuk hilangkan stain dengan kadar segera.
Kredit: fatinlee.a