Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » “Macam Mana Boleh Jual Murah?”, Air Soya Lejen Paling Sedap & Murah Di Kota Bharu, Mana Nak Dapat Harga RM2 Zaman Ni!

“Macam Mana Boleh Jual Murah?”, Air Soya Lejen Paling Sedap & Murah Di Kota Bharu, Mana Nak Dapat Harga RM2 Zaman Ni!

Kategori: ,
air soya lejen

Air soya merupakan antara air yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Ia boleh menghilangkan dahaga tekak yang kering dalam cuaca panas dan menghangatkan ketika cuaca hujan.

Makanan berasaskan soya adalah sumber protein yang baik, dan menandingi banyak juga sumber serat, kalium, magnesium, tembaga dan mangan yang baik. Jenis kekacang ini juga mengandungi zat besi yang ketara, tetapi tidak jelas bagaimana tubuh kita menyerapnya.

Susu soya, tauhu dihasilkan dengan kalsium, dan kacang soya adalah kalsium yang baik. Ia juga merupakan sumber lemak tak tepu yang baik, kedua-dua jenis omega-6 (asid linoleik) dan omega-3 (alpha-linolenic).

“Macam Mana Boleh Jual Murah?”, Air Soya Lejen Paling Sedap & Murah Di Kota Bharu, Mana Nak Dapat Harga RM2 Zaman Ni!

air soya lejen

Bercakap mengenai susu soya, terdapat perkongsian video air soya lejen yang dikongsikan oleh Daily Makan di laman TikToknya, ia mendapat perhatian netizen dan orang ramai. Air soya lejen ini bertempat di Kota Bharu dan sememangnya sudah terkenal dengan kesedapan rasanya yang unik dan lazat.

Keunikannya jelas terasa apabila air soya yang dijual mempunyai rasa kepekatan yang sedap. Air soya itu juga boleh dicampur dengan tau fu fah untuk mendapatkan rasa yang berbeza dari air soya biasa.

Melihat kepada reaksi netizen, ramai yang ingin mencuba air soya bersama tau fu fah yang lembut dan padu berkenaan.

Boleh Campur Dengan Tau Fu Fah

air soya lejen

“Memang sedap sangat air soya di sini. Rekomen sangat,” kata netizen yang bernama Ajim. Dia antara pelanggan yang pernah merasai kenikmatan air soya di hadapan sekolah Maahad Muhammadi ini.

“Kalau di Kelantan, 2 tempat je bagi saya air soya dorang lejen. Yang pertama dekat sini. Yang satu lagi dekat Lundang jalan lorong nak masuk kawasan Taman Muttaqin,” komen netizen dengan nama Neko.

“Aku hari-hari beli sini. Memang sedap sangat rasanya!,” ujar Dee.

Jika anda teringin menikmati air soya lejen ini, datanglah ke lokasi yang tertera di bawah. Ayuh sokong peniaga jalanan kita! Semoga semua diberkati.

Air Soya Legend RM2.00 🤤  Air Soya paling sedap dan legend di Kota Bharu

📍Berhadapan sekolah Maahad Muhammadi Perempuan, Jalan Merbau off Jalan Maahad 15300 Kota Bharu, Kelantan. 

air soya lejen air soya lejen

@dailymakan

Air Soya Legend RM2.00 🤤 Dulu RM1.00 baru beberapa bulan je naikkan harga. Air Soya paling sedap dan legend di Kota Bharu. 📍Berhadapan sekolah Maahad Muhammadi Perempuan, Jalan Merbau off Jalan Maahad 15300 Kota Bharu, Kelantan. #fyp #supportsmallbusiness #airsoya #legend #kotabharu #kelate #malaysia

♬ original sound – Daily Makan – Daily Makan

@dailymakan Air Soya Legend RM2.00 🤤 Dulu RM1.00 baru beberapa bulan je naikkan harga. Air Soya paling sedap dan legend di Kota Bharu. 📍Berhadapan sekolah Maahad Muhammadi Perempuan, Jalan Merbau off Jalan Maahad 15300 Kota Bharu, Kelantan. #fyp #supportsmallbusiness #airsoya #legend #kotabharu #kelate #malaysia ♬ original sound – Daily Makan

Dalam pada itu, anda juga boleh follow TikTok Daily Makan untuk ketahui info makanan dengan lebih lanjut! Semoga bermanfaat.

Sumber: Daily Makan

Baca juga: “Sampai Geleng-Geleng Kepala..”, Daily Makan Kongsi Kenikmatan Nasi Pakistan Lamb Shank Viral Batu Pahat, Netizen Mahu Alami Pengalaman Makan Di Sini

tags: | |