Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Biasa Kami Tempah Banyak Kontena”, Limau Mandarin Tak Dapat Sambutan Di Pulau Pinang, Peniaga Jangka Berdepan Kerugian Besar

“Biasa Kami Tempah Banyak Kontena”, Limau Mandarin Tak Dapat Sambutan Di Pulau Pinang, Peniaga Jangka Berdepan Kerugian Besar

Kategori:
limau mandarin

Tiba sahaja perayaan Tahun Baru Cina, pasti kita akan teringat buah limau mandarin yang ranum baunya. Tidak kira yang tua atau yang muda, pasti akan meminati buah ini kerana rasa masam manisnya yang sedap dimakan bersama.

Biasanya, ia akan dijual di pasar raya dan gerai-gerai buah di tepi jalan pada kadar yang banyak. Tetapi menurut laporan Kosmo, tinjauan mereka menunjukkan hal yang berbeza. Permintaan terhadap buah limau mandarin sempena Tahun Baharu Cina kali ini berkurangan, meskipun sambutan perayaan itu hanya beberapa hari sahaja lagi.

“Biasa Kami Tempah Banyak Kontena”, Limau Mandarin Tak Dapat Sambutan Di Pulau Pinang, Peniaga Jangka Berdepan Kerugian Besar

limau mandarin

Tinjauan Kosmo! di beberapa premis di sekitar pusat bandar ini dan daerah Barat Daya semalam mendapati, jumlah gerai yang kebiasaannya dibuka di tepi jalan utama turut berkura­ngan berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Seorang peniaga buah di Bayan Baru, Ainurul Fazeanna Abdul Rahman, 29, berkata, jualan buah limau mandarin yang diimport dari China pada ketika ini kurang mendapat sambutan dalam kalangan pelanggan yang terdiri daripada individu, pihak syarikat dan juga kilang.

Menurutnya, sejak memulakan jualan pada 10 Januari lalu, hanya kira-kira 30 peratus pelanggan yang datang membelinya berbanding tahun-tahun sebelum ini.

“Kebiasaannya, pada waktu sebegini, kami sudah me­nempah kontena kedua (stok limau mandarin) daripada pihak pembekal. Pada kali ini, hanya 500 kotak limau mandarin yang terjual.

“Jumlah tempahan stok buah limau mandarin daripada pembekal juga kurang iaitu daripada 4,800 kepada 2,000 kotak pada tahun ini.

“Memang kami tidak berani mengambil banyak stok sebab bimbang kurang sambutan daripada pelanggan,” katanya di sini semalam.

“Setakat Ini, Hanya 500 Kotak Limau Mandarin Terjual”

limau mandarin

Beritahu Ainurul Fazeanna, kuantiti pembelian buah daripada kilang juga dilihat berkura­ngan berbanding sebelum ini yang dibeli dengan maksimum 500 kotak bagi setiap kilang.

“Kali ini, mereka hanya mengambil 20 kotak dan akan diagihkan secara loose kepada setiap pekerja.

“Jika dahulu, seorang pekerja dihadiahkan dengan sekotak limau.

“Kami juga ada dimaklumkan yang pembelian itu dilakukan dengan menggunakan duit sendiri dan bukannya dari syarikat,” ujarnya lagi.

Harga Limau Dari Pembekal Juga Naik & Saiz Makin Kecil

limau mandarin

Dalam pada itu, katanya, harga buah limau mandarin di peringkat pembekal juga naik sehingga RM5 sekotak pada tahun ini, selain saiz yang dida­tangkannya juga agak kecil.

Ujarnya, ketika ini, harga buah limau mandarin dijual sekitar RM23 hingga RM30 sekotak mengikut gred dan saiz.

“Melihat situasi ini (kurang sambutan), kami dijangka berdepan kerugian. Ini belum lagi dikira buah limau yang sudah rosak yang terpaksa kami buang, selain lebam,” katanya.

Sumber: Kosmo!

Baca juga: “Power Gila..”, Peniaga Jual Air Kelapa Jalanan Dengan Inovasi Packaging Untuk Kemudahan Pelanggan, Ramai Netizen Puji Kreatif & Kagum Dengan Jualannya!

tags: | |