Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Rania Jangan Nangis, Ayah Pun Nangis Macam Ni” – Bapa Tunggal Sambut Hari Jadi Anak Perempuan, Buat Dirinya Menangis Lihat Reaksi Anak

“Rania Jangan Nangis, Ayah Pun Nangis Macam Ni” – Bapa Tunggal Sambut Hari Jadi Anak Perempuan, Buat Dirinya Menangis Lihat Reaksi Anak

Kategori:

Sebelum ini banyak kisah yang selalu disiarkan tentang pengorbanan seorang wanita, ibu dan sebagainya. Bagaimana pula kisah kaum lelaki? Adakah semuanya buruk belaka? Tidak! Semestinya mereka juga mempunyai kisah masing-masing tersendiri.

Jika dilihat sosok tubuh ayah kita yang nampak sangat tegas, garang dan nampak seperti tidak hiraukan kita. Tapi sedarlah wahai anak, mereka sanggup berkorban dan bergadai nyawa apa untuk anak-anaknya.

“Rania Jangan Nangis, Ayah Pun Nangis Macam Ni” – Bapa Tunggal Sambut Hari Jadi Anak Perempuan, Buat Dirinya Menangis Lihat Reaksi Anak

Bapa tunggal (farismohamad_) ini kongsikan video sambutan hari kelahiran satu-satunya anak perempuan beliau. Apa yang lagi menyayat hati apabila melihat video ini adalah anaknya Rania tiba-tiba menangis dan memeluk bapanya sambil berpelukan menangis.

Beliau memberitahu bahawa, kebiasaan ulang tahun Rania, dia akan bawa anaknya bercuti tetapi tahun ini terpaksa buat di rumah sahaja kerana beliau tidak berapa sihat.

Bapa tunggal

Ini adalah kali pertama Rania sambut ulang tahun beramai-ramai bersama keluarga dan sepupunya. Mungkin, sebab itulah Rania terharu dan berterima kasih kepada bapanya kerana sentiasa mengingatinya.

Bapa tunggal

Netizen tabik spring kepada beliau kerana mampu memenuhi segala permintaan anaknya. Sebelum ini juga, banyak video mereka viral di mana bapanya sendiri menyiapkan Rania untuk pergi ke sesuatu majlis.

Walaupun kita sebagai netizen tidak tahu keberadaan ibunya Rania, tapi bapanya masih lagi boleh menjalankan dua tugas dalam masa yang sama di mana mampu menjadi seorang ibu dan bapa yang penyayang.

@rafalia_

Sambut awal dengan semua sepupu. Sedih terharu sebab tak pernah sambut ramai2. Biasa ayah bawa pergi bercuti. Ni ayah tak sihat kita potong kek dengan sepupu2 je.

♬ original sound – RAFALIA – Rania & Faris – RAFALIA – Rania & Faris

@farismohamad_91Sambut awal dengan semua sepupu. Sedih terharu sebab tak pernah sambut ramai2. Biasa ayah bawa pergi bercuti. Ni ayah tak sihat kita potong kek dengan sepupu2 je.♬ original sound – RAFALIA – Rania & Faris

Aku Pun Nangis Sekali

Kisah Rania dan bapanya ini sentiasa menjadi inspirasi kepada semua netizen bahawa bapa juga mampu untuk melakukan segalanya. Menjengah di ruangan komen, netizen turut sama menangis dan sebak melihat video yang dikongsikan.

“Rania ni seorang yang matang”, puji netizen bernama Dia Milikku kepada Rania kerana memahami pengorbanan ayahnya.

“Semoga dimurahkan rezeki dipermudahkan segala urusan”, netizen ini juga mendoakan supaya Rania dan bapanya sentiasa dimudahkan segala urusan yang mereka hadapi.

Bapa tunggal Bapa tunggal Bapa tunggal Bapa tunggal

Pengajaran daripada perkongsian ini, kita sebagai seorang anak haruslah sentiasa menghargai kedua ibu bapa kita tak kira yang sudah tiada di dunia mahupun yang masih ada.

Cinta mereka kepada kita tidak pernah pudar walaupun sejahat mana kita, sekasar mana kita kepada mereka, mereka masih menerima kita sebagai seorang anak yang baik.

Kredit: farismohamad_

Baca Juga: Hujung Bulan Tak Cukup Duit Untuk Beli Kek Hari Jadi Kawan, Lelaki Ini Terpaksa Sambut Cara Lain

tags: | |