Nasib dan takdir setiap orang berbeza-beza. Ada yang beruntung malah ada juga yang sebaliknya. Sebagai manusia yang hidup dalam bermasyarakat, sifat dan amalan tolong menolong sememangnya diperlukan sesama kita. Yang senang membantu yang susah, misalnya.
Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang netizen bernama Abdul Haris, dia menceritakan bagaimana dia berjumpa dengan seorang insan yang dihimpit dengan masalah yang bertubi-tubi sehingga harus menahan kelaparan.
Menurutnya, insan terbabit tidak mempunyai wang untuk membeli makanan kerana majikannya lambat membayar gaji dan harus keluar daripada rumah sewa. Apa yang paling menyedihkan, dia sampai terdetik untuk meminjam wang daripada ah long kerana kesempitan hidup.
“Sewaktu nak bayar makanan tadi, ada hamba Allah ni tanya, “bang, boleh belanja saya makan tak? saya baru kena buang kerja”. Saya ingatkan dia nak minta duit. Saya cakap sorry-sorry, sebab dia dari segi tubuh badan sihat.
“Lepas tu dia pun gerak. Tapi bila saya ingat balik, dia tak minta duit. Dia minta belanja makan. Maknanya dia betul-betul lapar. Saya terus kejar dia balik. Tengok dia tengah duduk dan tidur tahan lapar di meja food court Pavillion.
“Saya terus panggil dia ajak beli makanan. Dia cerita sampai kena keluar dari rumah sebab tak bayar sewa. Sebab boss hold gaji. Dia siap nak pinjam Ah Long lagi. Saya cakap jangan sampai ke situ. Kita buat balik hidup ni. Never give up,” ceritanya dengan mendoakan semoga insan terbabit diberi pekerjaan yang selayaknya.
@hariskachoMalaysia 2023♬ Kenangan Terindah X Pilihan Yang Terbaik – Reza Zulfikar
Melihat kepada ruangan komen tentang kisah insan tak ada duit nak makan berkenaan, ramai yang bersimpati dan turut berkongsi kisah perit kehidupan yang sama.
“Ya Allah menitik air mata aku. Sumpah aku pun pernah macam ni. Bezanya cuma tak cakap je. Tapi memang dah betul-betul niat nak minta orang belikan nasi putih je sebab sangat lapar,” ujar seorang netizen berkongsi kisahnya dengan cerita yang dikongsikan tentang tangguh gaji pekerja sampai tak ada duit nak makan tersebut.
“Awak orang yang terpilih. Tahniah kerana membantu. Semoga dilipat ganda rezeki,” kata netizen dengan nama Aiman.
Semoga segala kebaikan dibalas dengan kebaikan. Semoga untuk semua yang sedang tersepit dan tergapai, diberikan jalan untuk bangkit kembali.
Sumber: Hariskacho