Jika menyebut tentang hidangan makanan buah jeruk, semestinya korang sudah kecur air liur ketika teringat akan rasa masam manis dengan rendaman air jeruk yang diperam bersama kuahnya kan. Aroma dan rasa kerangupan buah yang digigit dengan rasa masam manis sememangnya mendatangkan kenikmatan yang luar biasa.
Terbaharu, Ani Jeruk Buah yang bertempat di Cherang, Kota Bharu Kelantan telah menarik perhatian orang ramai sehingga mendapat liputan daripada pihak TV3 dalam program Majalah 3 semalam.
Terinspirasi daripada style hidangan jeruk zaman dahulu, Ani Jeruk Buah menghasilkan jeruk yang sedap dengan cukup rasa masam manisnya dan menjadi igauan sesiapa yang pernah mencubanya.
Antara buah-buahan yang telah dijadikan jeruk adalah asam jawa (celagi), sentul, belimbing buluh, jambu batu, kelubi, anggur, mangga, kedondong air, cermai, mata kucing dan rambutan.
Perkongsian daripada Daily Makan di laman TikTok dan Instagram juga semalam mendapat sambutan warga netizen. Sesiapa yang melihatnya akan terpikat dan tertambat hati mahu mencuba Ani Jeruk Buah Nise yang begitu mengiurkan.
“Jeruk buah ‘nise’ (manisan diperbuat daripada gula melaka) dan tanpa pengawet. Ini bukan sahaja digemari oleh orang Kelantan malah turut digemari pengunjung luar selepas tular di media sosial,” tulis Daily Makan menceritakan suasana berkunjung ke gerai Ani Jeruk Buah tersebut.
@dailymakan Jeruk buah ‘nise’ (manisan diperbuat daripada gula melaka) Jeruk nise yang diperbuat tanpa bahan pengawet ini bukan sahaja digemari oleh orang Kelantan malah turut digemari pengunjung luar selepas tular di media sosial. Antara buah-buahan yang dijadikan jeruk itu ialah asam jawa (celagi), sentul, belimbing buluh, jambu batu, kelubi, anggur, mangga, kedondong air, cermai, mata kucing dan rambutan. 📍Ani Jeruk Buah Cherang, Kg Cherang #fyp #jeruk #jerukkakani #cherang #kotabharu #murah #sedap
@dailymakan Jeruk buah ‘nise’ (manisan diperbuat daripada gula melaka) Jeruk nise yang diperbuat tanpa bahan pengawet ini bukan sahaja digemari oleh orang Kelantan malah turut digemari pengunjung luar selepas tular di media sosial. Antara buah-buahan yang dijadikan jeruk itu ialah asam jawa (celagi), sentul, belimbing buluh, jambu batu, kelubi, anggur, mangga, kedondong air, cermai, mata kucing dan rambutan. 📍Ani Jeruk Buah Cherang, Kg Cherang #fyp #jeruk #jerukkakani #cherang #kotabharu #murah #sedap ♬ original sound – Daily Makan
Melihat ruangan komen netizen, ramai yang ingin mencubanya dan ada juga yang berkongsi pengalaman pergi ke sana menikmati jeruk berkenaan. Bukan itu sahaja, ada diantara netizen yang tinggal di luar negeri Kelantan hampa dan kecewa kerana lokasinya yang jauh daripada tempat tinggal mereka.
“Baru singgah tadi on the way balik Perak. Memang ramai gila orang sampai tak sempat tuan kedai nak jual dekat gerai. Dari jam 9 orang dah serbu rumah dia,” kata netizen dengan nama Inani Cahaya berkongsi pengalaman.
“Pos ke KL boleh? Terliur tengok ni,” tulis Iyfaa Ariefa.
“Tengok dekat TV3 hari tu dan meleleh air liur ni. Lalu pula dekat TikTok, aduhai,” ujar netizen.
Sesiapa yang ingin mencuba jeruk Ani ni, bolehlah pergi ke lokasi tertera dan rasai kenikmatannya sendiri.
📍Ani Jeruk Buah Cherang, Kg Cherang
Sumber: Daily Makan