Hari demi hari, harga barang terasa semakin mahal dan meningkat. Tidak pasti peniaga yang mengambil untung lebih ataupun sememangnya harga yang dijual sudah bertepatan, tetapi ada peniaga yang sememangnya mengaut untung yang berlipat kali ganda.
Seperti perkongsian di TikTok yang tular baru-baru ini, seorang pelanggan wanita mengadu dan mengeluh serta mempersoalkan harga pisang goreng yang dibeli olehnya. Menurutnya, harga yang diletak peniaga sememangnya mahal jika dibandingkan dengan saiz yang terlalu kecil.
Peniaga telah menjual pisang goreng yang bersaiz seperti gambar di bawah dengan harga RM1 2 keping. Pelanggan wanita itu juga menyatakan mungkin dia bukanlah target market penjual ataupun sememangnya harga sedemikian adalah mahal.
“Pisang goreng T20. I tak tahulah, I je ke yang terlalu miskin, tapi I rasa macam pisang goreng RM2 seringgit ni dia rasa macam mahal lah. Ni haa besar nih,” katanya sambil menunjukkan saiz pisang goreng kepada warganet melalui video TikToknya.
@minkotminkot Bukan mahal, tapi sis yg takde duit wkwkwkwkwk
@minkotminkotBukan mahal, tapi sis yg takde duit wkwkwkwkwk♬ original sound – MIN, kot?
Melihat ruangan komen netizen, ramai yang turut memberi pendapat bahawa harga pisang goreng yang dijual jika dibandingkan dengan saiz pisang goreng tersebut sememangnya mahal.
“Bukan isu tak ada duit. Tapi memang mahal,” komen Chef Bon dalam ruangan komen perihal harga pisang goreng tersebut.
“Dia guna minyak zaitun. Tepung zaitun. Kuali zaitun, senduk zaitun,” tulis netizen sinis tentang harga pisang goreng berkenaan.
Bagi korang? Harga pisang goreng dengan saiz begitu berbaloi atau mahal seperti harga kayangan? Mungkin kita boleh dapat pendapat dari peniaga pula macam mana.
Sumber: Minkot