Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Ayah Terkejut Tengok Air Kopi Joss Dari Jogja Ini! Bukan Kaleng-Kaleng Air Yang Di Beli, Ingatkan Ketulan Ais Rupa-Rupanya…

Ayah Terkejut Tengok Air Kopi Joss Dari Jogja Ini! Bukan Kaleng-Kaleng Air Yang Di Beli, Ingatkan Ketulan Ais Rupa-Rupanya…

Kategori:

Jika anda berjalan-jalan dari Malaysia ke Indonesia, jangan terkejut atau pelik dengan aneka makanan meraka sajikan. Mereka menjual pelbagai jenis makanan kepada para pelancong.

Alang-alang sudah berjalan ke Jogja, tak rugi nak rasakan makanan atau minuman mereka yang tiada di Malaysia. Lagi lagi Kopi Joss atau Kopi Arang, paling rare di Jogja.

Ayah Terkejut Tengok Air Kopi Joss Dari Jogja Ini! Bukan Kaleng-Kaleng Air Yang Di Beli, Ingatkan Ketulan Ais Rupa-Rupanya…

Manakan tidak terkejut apabila ayahnya hafidaismail ini diberikan minum Air Kopi Arang atau Kopi Joss. Ayahnya sangkakan itu adalah Air Kopi panas tapi diletakkan ketulan ais untuk nampak berbeza.

Tapi ianya disangkal oleh isterinya memberitahu bahawa mana ada kopi diletakkan ais. Apabila diteliti kopi tersebut, alangkah terkejutnya beliau melihat arang di dalam kopi tersebut.

Kopi Joss

Mana tidak terkejutnya beliau, sampai- sampai sahaja air di dalam gelas tersebut menggelegak. Terus beliau menolak air tersebut ke tepi dan memikirkan haruskah beliau minum air tersebut.

Ramai yang komen bahawa arang tersebut bukanlah arang yang digunakan untuk membakar ayam atau ikan bakar yang selalu digunakan.

Kopi Joss

Setelah membuat selidik berkenaan arang ini, ia dihasilkan daripada kayu kesambi atau sambi. Arang ini mempunyai banyak khasiat dimana ia dapat meneutralkan asid dan kandungan kafein yang ada pada air kopi tersebut.

Sebahagian daripada dapat menyerap kafein dan asid tersebut oleh arang itu.

@hafidaismail Pi jogja kena try kopi joss👍 kami minum di Malioboro #jogja #yogyakarta #indonesia #travelindonesia #kopijoss #tiktokindonesia #fyp #malioboro ♬ original sound – Hafida Ismail

Betullah Resepi Si Belalang Tu Kan?

Menjengah di ruangan komen ada yang mengatakan, resepi yang diciptakan oleh Si Belalang akhirnya menjadi nyata. Ini menggambarkan bahaya arang tersebut sama dengan bontot kuali yang Si Belalang gunakan.

“Rasa kopi je, arang tu takde rasa sangat pon. Dah cuba jugak masa pergi sana, cuma 1st time nampak menakutkan sikit nak cuba”, komen Mohamad Isa yang pernah mencuba Kopi Joss ini.

“Arang pun bukan sembarang mereka buat, ada jenis kayu yang special”, komen asya di ruangan video tersebut.

Kopi Joss Kopi Joss Kopi Joss

Janganlah takut untuk mencuba benda baharu, jadikan ia sebagai pengalaman yang bermakna untuk diri anda. Rugi jikalau pergi berjalan ke negara orang, tidak merasa adat makanan mereka.

Kredit: hafidaismail

Baca Juga: Gerai Roti Canai Kayu Arang

tags: | |