Telah sampai musim di mana kanak-kanak ketagih dengan permainan viral iaitu Lato-Lato. Sebelum ini juga pernah viral dengan permainan beyblade, fidget spinner dan banyak lagi.
Namun ianya hanya sementara sahaja akan viral, kerana keseronokan ini tidak kekal lama kerana akan ada permainan yang baru akan viral.
Video ini yang dikongsikan oleh Alang dan netizen memberitahu bahawa ini adalah musim lato-lato kerana ianya viral di negara seberang. Trend ini baharu sahaja masuk di Malaysia dan mendapat sambutan yang luar biasa daripada golongan kanak-kanak.
Awalnya beliau ingin mencari makanan di pasar malam ini, tetapi apabila telah sampai beliau terkejut kerana kiri kanan pasar malam tersebut menjual lato-lato.
Bukan itu sahaja, di tangan kanak-kanak yang berada di situ juga ada lato-lato. Boleh dikatakan laku perniagaan lato-lato pada musim ini.
Cuba kita imbau kembali pada zaman kita kecil dulu, semestinya ada juga permainan yang viral pada ketika itu. Cuma pada ketika itu, tidak mempunyai gadget untuk war-warkan kepada media kini.
Contohnya yang paling dirindui ialah permainan lompat tali menggunakan getah. Yang paling pandai atau pro bermain permainan ini ialah budak perempuan. Permainan ini ada tahap, dimana letak getah di buku lali, lutut pinggang, bawah ketiak sehingga lah sampai atas kepala.
Untuk para budak lelaki pula, main guli. Guli dulu-dulu diletakkan di dalam balang dan di bawa keluar bermian bersama anak-anak jiran tertangga di halaman rumah. Cara bermainnya, kena pandai baling guli keluar dari bulatan.
Jadi, masing-masing ada permainan masing-masing sendiri. Tidak perlu lah untuk mematahkan semangat mereka yang sedang asyik bermain lato-lato.
https://www.tiktok.com/@paklang.kau/video/7193340320409488667
@paklang.kau Geram je tngok lato lato ni 🤨 #latolato ♬ suara asli – Nico Fiktorio
Menjengah di ruangan komen juga, ramai netizen yang memberitahu bahawa permainan ini sama seperti musim sebelum ini seperti beyblade dan fidget spinner.
“Kita kena kembalikan zaman beyblade”, komen Aziz di ruangan video ini.
“Saya nak zaman yoyo!!”, minta Ceo Of Hananimate untuk kembalikan zaman beliau dahulu.
Jadi, mungkin di masa kedepan nanti akan ada permainan yang baharu untuk anak cucu cicit kita kelak nanti. Ia akan bergerak melalui trend dari semasa ke semasa.
Kredit: Alang