Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Bertahan 2 Malam Dalam Hutan Sendirian, Air 100Plus Selamatkan Nyawa Wanita Sesat Ketika Mendaki

Bertahan 2 Malam Dalam Hutan Sendirian, Air 100Plus Selamatkan Nyawa Wanita Sesat Ketika Mendaki

Kategori:
air 100Plus

100Plus merupakan minuman isotonik pertama di Malaysia yang dirumus khas untuk membantu diri sihatkan badan dan sentiasa terhidrat. Campuran unik cecair dan elektrolit yang optimum dalam 100Plus membantu pengambilan cecair dan penyerapan yang lebih baik untuk badan.

Seperti kisah yang terjadi kepada seorang wanita yang dipercayai sesat di dalam hutan selama 2 malam, dia mampu bertahan hanya dengan berbekalkan sebotol minuman 100 Plus sahaja! Betapa hebatnya tenaga minuman isotonik ni kan?

Bertahan 2 Malam Dalam Hutan Sendirian, Air 100Plus Selamatkan Nyawa Wanita Sesat Ketika Mendaki

air 100Plus

Menurut Berita Harian, selepas hampir 48 jam, seorang wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan pendakian solo di Bukit Tabur, Jalan Kolam Air, Taman Melawati ditemui selamat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata mangsa, S Sangeeta, 26, ditemui oleh anggota mencari dan menyelamat (SAR). Dia ditemui pada jam 11.08 pagi.

Katanya, operasi SAR yang dimulakan sejak awal pagi semalam sebelum dihentikan pada jam 7 malam akibat faktor cuaca. Mereka kemudian menyambung semula pada jam 7.30 pagi pada hari kejadian SAR.

Mangsa ditemui selamat dan berada dalam keadaan sedar namun mengalami kecederaan pada kaki akibat terjatuh dari puncak bukit ke dalam gaung dengan kedalaman 30 meter.

Terdahulu, Norazam memaklumkan pihak bomba menerima laporan kejadian pada jam 2.44 pagi semalam. Ia sebelum pasukan bomba dari BBP Ampang tiba di lokasi pada jam 3.18 pagi.

Katanya, mangsa dilaporkan mula mendaki Bukit Tabur dari Tabur East, pada jam 7 pagi, kelmarin.

Mangsa dikatakan sempat menghubungi adiknya memaklumkan bahawa dia tersesat sebelum menghantar lokasi terakhir melalui aplikasi WhatsApp, kira-kira jam 11 pagi, kelmarin.

air 100Plus

Syukur kepada Tuhan mangsa ditemui selamat. Semestinya sumber air 100Plus tersebut antara faktor yang membantu mengekalkan kecergasan badan, fokus dan konsentrasi serta mengoptimumkan fungsi otot. Memang elok la diminum dan dibawa bersama ketika sukan.

Baca juga: “Bertuah Sungguh Anak”, Ibu Terkejut Tengok Anak Dah Mandi Telur, Baru Nak Buat Murtabak Tapi Kena Sabar Je Lah..

tags: |