Apabila kita mulakan sesuatu perniagaan, semestinya akan mengeluarkan banyak modal dan barang yang perlu dibeli untuk dijual. Kebiasaan peniaga akan cuba mencari supplier yang dapat mudahkan pekerjaan mereka dan jimat masa.
Tapi lain pula jadi untuk kisah peniaga crepe viral ini, dikhabarkan membeli barang sehingga habis beribu tetapi tidak dilayan pekerja di sana.
Ciapan tweet ini dikongsikan oleh si_shorty di media sosial Twitter beliau. Dikhabarkan, video tersebut direkod skrin oleh pengikut setia live TikTok Kieda Crepe.
Apa yang dapat diulaskan melalui live TikTok tersebut, beliau amat geram dengan pekerja sebuah pasar raya apabila tidak membantu beliau masukkan barang ke dalam kereta yang dibeli sehingga mencecah RM5 ribu.
“Aku yang kedai kecil ni, boleh kata customer beli berlambak, aku hargai depa angkat turun ke bawah letak di atas kereta depa”, jelas peniaga Kieda Crepe ni di dalam live tersebut.
“Kita pi, kita beli barang 2,3 ribu, haritu beli 5 ribu sendiri tolak masuk. Punya berlagak bak hang staff dia.”, Kieda cuba terangkan lagi bahawa pekerja tersebut tidak membantu beliau untuk mengangkat barang yang dibelinya.
“Aku geram, melayu melayu kita je yang duduk kerja situ. Tolonglah sama-sama, berkira kerja. Tak pe, takpe”
“Lepas tu lalu sebelah kita, jeling jeling dekat kita. Buat kekwat itu macam, bagi satgi kot, haa”, luah peniaga Kieda Crepe di dalam live TikTok beliau.
Just because you rasa you’re “influencer”, that DOESN’T MEANT THAT YOURE ALWAYS RIGHT ! Kau siapa nak rasa entitled sangat sampai orang kena tolong kau ?
Oh wait, obviously nanti kau akan buat video nangis teresak esak mintak maaf “tak ada niat nak cakap macam tu” 😏🙄 pic.twitter.com/aJYZhdMmg4
— Coti (@si_shorty) February 2, 2023
Semestinya di ruangan komen bebenang tersebut semestinya ramai yang mengeluarkan pandangan masing-masing terhadap situasi ini.
Kita boleh ambil banyak pengajaran melalui perkongsian di sini. Kita seharuslah sentiasa berfikir secara positif dan tidak negatif terhadap semua pandangan.
Kredit: si_shorty