Ikatan pertunangan biasanya akan diamalkan oleh kaum Melayu yang mengikut adat terdahulu. Malah pada zaman dahulu, ia dilangsungkan dengan lebih sarat bersama protokol yang ketat.
Dalam majlis ini, ia boleh dianggap sebagai majlis menempah menantu. Jika kedua-dua pihak sudah bersetuju, bermakna ikatan janji boleh dimeterai.
Tetapi, adat yang lama boleh dipersenangkan. Bertunang adalah acara saling mengenali dan mengeratkan lagi silaturahim di antara keluarga kedua-dua pihak.
Seperti perkongsian tentang majlis pertunangan seorang wanita di laman Twitter baru-baru, ia mendapat perhatian warga netizen.
Ini apabila dia berkongsi pengalaman majlis bertunang yang cukup menarik kerana diadakan di sebuah restoran sahaja. Acara yang begitu ringkas tetapi meriah dan sarat dengan perbualan manis di antara kedua-dua belah pihak keluarga.
Apa yang menarik perhatian, majlis pertunangan seperti itu jarang dibuat orang. Ia menarik minat ramai untuk mencuba sesuatu yang baru seperti majlis pertunangan ini.
“Majlis bertunang yang dihadiri oleh keluarga saya dan keluarga suami. Suka gila hari tunang macam pergi shopping je.
“Rumah tak payah kemas. Makan orang masak dan hidang. Tinggal order je nak apa. Kalau malas dan tak nak spend banyak untuk bertunang, saya rekomen dapatkan private room di Restoran Serai KL East Mall, Kuala Lumpur ni,” jelasnya dalam ciapan pengalaman bertunang di restoran.
Menurutnya, kos perbelanjaan amat berbaloi apabila dibandingkan dengan makanan yang sedap dan mewah, dengan suasana yang mendamaikan. Ia hanya menelan kos sebanyak RM1282.40 sahaja untuk 12 orang dewasa dan 3 orang kanak-kanak.
My small & intimate hari bertunang attended by our immediate family (& my aunt & her husband to moderate the tunang thingy) @ Serai KL East Mall, 12/6/2022.
Tbh SUKA GILA HARI TUNANG MACAM PERGI SHOPPING JE??!?? https://t.co/gXUQcFmxN2 pic.twitter.com/clGDUPblvR
— nabs 🍉 ♡(˶‾᷄ ⁻̫ ‾᷅˵)♡ (@user0725777) January 26, 2023
Melihat ruangan komen netizen, ramai golongan muda yang setuju dengan cara ini. Menurut mereka, perkara yang baik harus diselesaikan dan diuruskan dengan baik dan cepat serta tidak menyusahkan.
“Saya nak buat macam ni untuk majlis pertunangan tapi takut keluarga tak kasi dan cakap itu bukan cara kita, kena ikut adat. Kos tunang kalau buat macam ni boleh lah jimat kalau buat majlis boleh sampai RM2 ribu hingga RM3 ribu dan lebih lagi,” ciap seorang netizen meluahkan perasaannya untuk mengadakan majlis sedemikian rupa.
Min rasa, sesuatu yang baik jika disempurnakan dengan lebih senang dan mudah, memang tak jadi masalah. Jangan terbeban oleh adat dan menyusahkan kita dalam segi kewangan. Korang yang nak buat majlis bertunang dengan gaya simple boleh lah cuba macam ni.
Sumber: nabsaurus