Sebagai seorang peniaga, haruslah menjadi seorang yang penyabar dan bertenang dengan segala hal. Kerana, pelanggan membawa rezeki kepada kita dan sanggup datang dari jauh untuk mencuba produk yang kita jual.
Bukan nasihat untuk peniaga sahaja, pelanggan juga tidak boleh menggunakan kad “customer always right” untuk bertindak kurang sopan terhadap peniaga. Namun timbul semula video Kieda yang tular dikatakan meninggikan suara kepada pelanggan.
Belum reda kes sebelum ini berkaitan dengan RM5 ribu, kes lain berkaitan video lain yang dimuatnaik pada bulan pertengahan bulan Januari. Mungkin TikTok FYP menaikkan semula video Kieda yang lama akibat kes yang baru-baru ini.
Seorang pengguna di TikTok yang bernama iskhandarzulkarna4 telah memuatnaik video ketika membeli di kedai Kieda Crepe. Di dalam video tersebut terdengar lantang suara Kieda Crepe yang sedang bercakap dengan pelanggan di dalam kedainya.
“Awak nak ajaq saya pulak dah. Lani saya tauke ka hampa tauke?”, dengan nada tegas suara Kieda Crepe bertanya kepada salah seorang pelanggan di situ.
“Lani hampa jadi tauke, saya jadi hampa”, kata Kieda Crepe lagi kepada pelanggan tersebut.
Tidak pasti apa yang sedang berlaku ketika itu kerana pemilik video tersebut hanya memuatnaikkan satu video tersebut. Tanpa penjelasan apa-apa, dan membuat netizen tertanya-tanya apa yang terjadi.
@iskhandarzulkarna4 Mmng puas hati we… #support #kiedacrepehqpenang
@iskhandarzulkarna4 Mmng puas hati we… #support #kiedacrepehqpenang ♬ original sound – iskhandar zulkarnain – $&!
Menjengah di ruangan komen, ramai yang melontarkan pandangan dan komen kepada video tersebut.
Namun, masih tiada perjelasan video tersebut, apakah yang terjadi sebenarnya hingga menyebabkan Kieda ini amat marah.
Sebagai seorang netizen juga, haruslah berjaga-jaga dalam percakapan dan penulisan komen tersebut. Risau akan berbalik kepada diri sendiri pula.
Namun, kepada peniaga di luar sana. Cubalah untuk bercakap dengan baik baik dengan pelanggan supaya mereka juga dapat menghormati kita.
Oleh kerana video ini tular, mungkin Kieda boleh tampil untuk meredakan keadaan. Mesti dengar juga penjelasan oleh pihaknya.
Kredit: iskhandarzulkarna4