Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » KFC & McD Dalam Perbincangan Keluarkan Menu Rahmah, Hidangan RM5 Akan Diperkenalkan Bagi Ringankan Beban

KFC & McD Dalam Perbincangan Keluarkan Menu Rahmah, Hidangan RM5 Akan Diperkenalkan Bagi Ringankan Beban

Kategori:
menu rahmah

Seperti yang kita tahu, menu Rahmah adalah inisiatif kerjaan untuk meringankan beban bagi golongan yang tidak berkemampuan dengan menyediakan makanan berharga RM5 sahaja bagi satu pek hidangan.

KFC & McD Dalam Perbincangan Keluarkan Menu Rahmah, Hidangan RM5 Akan Diperkenalkan Bagi Ringankan Beban

menu rahmah

Terbaharu, rundingan akan diadakan minggu depan dengan rangkaian makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) dan McDonald’s (McD) mengenai program Menu Rahmah.

Rundingan ini diadakan agar Restoran makanan segera KFC dan McD  menawarkan hidangan pada harga RM5 setiap satu bagi yang memerlukan.

menu rahmah

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub berkata Persatuan Kedai Makanan Cina juga berminat untuk menjadi sebahagian daripada program itu, lapor Bernama.

“Kami berharap dapat terus mengembangkan program ini,” katanya.

Dia mengulas demikian selepas mengumumkan hidangan RM5 itu akan disediakan di kolej dan universiti awam selepas Hari Raya Aidilfitri.

Pada mulanya program ini akan diperluaskan kepada 20 institusi pengajian tinggi awam di Lembah Klang.

Program ini akhirnya akan diperluaskan ke kolej dan universiti swasta.

Ditanya mengenai penggunaan nama Menu Rahmah oleh rangkaian minuman popular, Salahuddin berkata beliau tidak menganggapnya sebagai “manipulasi” selagi tiada kompromi dalam kualiti dan rasa produk.

Salahuddin, yang merupakan ahli parlimen Pulai, melawat Samballana Bistro di Bandar Dato Onn.

Kedai itu menawarkan hidangan set ayam chop dan minuman mangga pudina pada harga RM5.

Mahu Kembangkan Hidangan Menu Rahmah RM5 Kepada Semua Sektor

menu rahmah

“Ini akan membolehkan golongan berpendapatan rendah di Bandar Dato Onn dan Johor Bahru membeli makanan program ini di kawasan tidak jauh,” katanya, menurut Bernama.

“Semalam, saya terharu apabila seorang ibu di Ipoh meredah hujan dengan menaiki motosikal bersama anak perempuannya (dari Sungai Siput).

“Mereka meredah hujan untuk mendapatkan hidangan Menu Rahmah (di pasar raya Mydin di Meru).

“Itu benar-benar mendorong saya untuk bekerja lebih keras bagi memastikan Menu Rahmah ditawarkan di lebih banyak tempat.

“Ia bagi menyediakan makanan mampu milik kepada mereka yang memerlukan,” tambahnya.

Sumber: Bernama/FMT

Baca juga: Niat Nak Belajar Masak Nasi, Gelagat Lelaki Ini Sukat Beras Guna Pembaris Cuit Hati Netizen

tags: |