Di dalam bidang perniagaan, marketing atau pemasaran sememangnya amat penting untuk memantapkan lagi jualan yang sedia ada. Dalam peralihan zaman dan keadaan teknologi serta daya kreatif yang semakin berkembang, idea yang menarik dan unik perlu difikirkan lalu dilaksanakan bagi menarik minat pelanggan.
Seperti cara marketing yang dibuat oleh pekerja US Pizza, Kota Kinabalu Sabah, videonya menarik perhatian warganet dan sesiapa sahaja yang menontonnya. Ini kerana, pada akhir video berkenaan, penonton bagaikan tidak percaya dengan persembahan yang dilakonkan itu.
Dalam video marketing tersebut, berlaku perdebatan mulut dengan pelanggan yang menyatakan harga US Pizza mahal dengan membandingkan harga pizza yang bersaiz regular dan medium Pizza.
Lalu, pekerja Pizza tersebut kemudian menerangkan bahawa harga sudah bertepatan dengan kualiti dan memberi info baharu bahawa promosi sedang diadakan ketika ini jika membeli US Pizza.
Yang paling mengejutkan, pada akhir video itu, pekerja tersebut melantunkan kekecewaan kepada pelanggan tersebut dengan nyanyian yang sangat merdu. Sesiapa sahaja yang mendengarnya pasti akan terpaku dan terpesona dengan lemak manis nyanyiannya.
Benar, video marketing itu hanyalah lakonan. Tetapi ia memberi info bahawa sekarang US Pizza sedang mengadakan promosi kepada pelanggan. Secara tidak langsung, ramai yang mengetahui informasi yang dinyatakan dalam video tersebut.
“Kami kehilangan customer, belum habis explain dia balik sudah. Jadi untuk kamu yang belum cuba pizza mereka boleh lah datang ke mana-mana outlets kami. Maaf atas kekurangan kami jika ada,” terangnya dalam penerangan video terbabit.
Dia menambah dan mengajak orang rammai untuk berkunjung ke US Pizza bagi mendapatkan harga istimewa.
Large Pizza: RM41.95
Regular Pizza: RM31.95
@aayienaa___ kami kehilangan customer ba belum lagi habis explain balik sudah dia 😭 jadi untuk kamu yang belum cuba us pizza boleh la datang dimana mana outlet berdekatan 😍 #uspizzamalaysia #fyp ♬ original sound – ayiennaa
Ni marketing meremang bulu roma aku,
Korang kena tengok pic.twitter.com/nb4djkEzkX— ZeemAhmad (@zeemahmadfs) February 7, 2023
Melihat ruangan komen, ramai yang tertarik dengan kemerduan suaranya dan mereka inginn mencuba untuk makan ke US Pizza bagi merasakan sendiri kesedapannya.
“Hari-hari saya datang Pizza kalau begini,” kata seorang netizen.
“Viral kau dik sebab suara kau nyanyi sedap. Nanti sis follow dan singgah ke kedai Pizza kamu,” tulis netizen lain dengan nama Hani.
Memang power suara pekerja US Pizza ni. Bakat yang dipendam digunakan dengan baik secara marketing. Lagi ramai lah tahu tentang Pizza ni. Semoga maju terus buat adik berkenaan dan pekerja-pekerja yang lain.
Sumber: ayiennaa