Tidak semua tempat ada peniaga yang menjual Nasi Lemak yang sedap dan berbaloi untuk dibeli. Jika sudah ada itu, semestinyalah kedai tersebut akan viral dan berbaris panjang untuk merasai Nasi Lemak tersebut.
Seorang lelaki ini berkongsikan video dan menyatakan bahawa beliau membeli Nasi Lemak RM40 yang menjual di tepi jalan.
Video ini dikongsikan oleh han_aziz_ di TikTok laman media sosial beliau dan setelah mendapat komen dari netizen, beliau menutup ruang komen video tersebut.
Kandungan video tersebut menunjukkan lelaki ini membeli dua bungkus nasi lemak dengan jumlah harga RM40. Beliau menunjukkan dan memberitahu satu persatu lauk yang ada di setiap 2 bungkus nasi lemak tersebut.
Untuk bungkusan pertama lauk yang mengandungi, telur dada, sotong, ayam goreng, sambal dan nasi tambah. Jumlah untuk bungkusan yang pertama adalah RM18.
Bungkusan kedua pula sama sahaja dengan yang sebelum ini, cuma telur tersebut digantikan dengan rendang ayam dan berharga RM22.
Sesetengah mungkin ada yang mengatakan bahawa mahal, murah dan sebagainya. Itu adalah pendapat masing-masing mengenai harga tersebut. Mungkin ada sesetengah orang sanggup untuk bayar dengan harga tersebut tapi ada juga yang tidak berkemampuan.
@han_aziz_ Nasi Lemak Tepi Jalan #nasilemakfamous #sripetaling
@han_aziz_ Nasi Lemak Tepi Jalan #nasilemakfamous #sripetaling ♬ original sound – Han Aziz
Di video lain juga, beliau ada menjelaskan kepada netizen bahawa harga tersebut tidak normal. Ada juga peniaga nasi lemak sendiri memberi pendapat bahawa harga tersebut tidak logik.
@han_aziz_ Replying to @syzw4nsaha orang kita sendiri yg me’normal’ harga mahal bang… #nasilemakfamous
@han_aziz_ Replying to @syzw4nsaha orang kita sendiri yg me’normal’ harga mahal bang… #nasilemakfamous ♬ original sound – Han Aziz
Malah ada juga orang lain iaitu grind.stone coffee hasilkan video dan membeli nasi lemak di kedai yang lain, portion dan lauk yang sama tapi dengar harga hanya RM10.
Lelaki tutup ruang komen beliau dan ini adalah antara komen di bawah video yang ‘repost’ semula oleh Oh Bulan. Seperti biasa, netizen ada yang setuju dengan pendapat beliau dan ada juga yang tidak bersetuju dengan video tersebut.
“Kadang-kadang perniaga ni mereka letak harga ikut suka sahaja. Hari ini harga lain, esok harga lain, lusa harga lain.”, komen Daus_ di video tersebut bahawa sesetengah peniaga mempunyai harga yang tidak tentu untuk setiap hari.
“Tengok lauk pun dah meriah, RM20 satu bungkus kira ok lah tu.”, komen Izzrah yang memberi pendapat bahawa nasi lemak tersebut dengan lauk bermacam logik dengan harga tersebut.
Kesudahnya, atas diri kita dan kepuasan diri kita sendiri untuk merasai atau membeli sesuatu perkara. Kerana diri kita sendiri sahaja yang tahu bahawa wajar atau tidak.
Kredit: han_aziz_