Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Jauh Mana Kita Pergi, Masih Tekak Melayu” – Wanita Ini Sanggup Belanja Lebih, Beli Berkotak-Kotak Produk Tempatan Malaysia Walau Tinggal Di London

“Jauh Mana Kita Pergi, Masih Tekak Melayu” – Wanita Ini Sanggup Belanja Lebih, Beli Berkotak-Kotak Produk Tempatan Malaysia Walau Tinggal Di London

Kategori:

Kita orang melayu ini susah untuk tinggalkan adat resam walau jauh dari negara tumpahnya darahku ini. Apatah lagi makanan-makanan yang sudah sebati di tekak melayu kita ini.

Ramai pelajar Malaysia atau warga tempatan kita yang merantau jauh dari Malaysia, rindukan produk tempatan Malaysia. Contohnya, Kicap Kipas, Tepung Bestari dan banyak lagi.

“Jauh Mana Kita Pergi, Masih Tekak Melayu” – Wanita Ini Sanggup Belanja Lebih, Beli Berkotak-Kotak Produk Tempatan Malaysia Walau Tinggal Di London

Video Blog yang dikongsikan noor.vlog di TikTok laman media sosial, yang menjadi perhatian kepada warga netizen bahawa susahnya untuk dapatkan produk tempatan Malaysia apabila berada di luar negara.

Wanita ini sanggup berbelanja lebih untuk lepaskan rasa rindu dengan makanan Malaysia, dan mampu simpan berbulan-bulan dan mungkin setahun lebih.

tekak melayu

tekak melayu

Beliau juga mengatakan bahawa Tepung Ayam di sini tidak sesedap Tepung Bestari Malaysia. Seperti kita tahu, Tepung Bestari adalah salah satu produk Malaysia yang menjadi pilihan masyarakat kita untuk digunakan menjadi adunan tepung goreng ayam.

tekak melayu

Sos Cili Maggi juga adalah salah satu produk Malaysia yang popular di Malaysia, dan beliau mengatakan sos cili di London tidak sedap.

Antara produk yang dibeli oleh wanita tersebut:

tekak melayu tekak melayu

Wanita ini membeli kicap saiz botol yang besar untuk dijadikan sebagai stok supaya tidak cepat habis.

tekak melayu tekak melayu tekak melayu tekak melayu tekak melayu

Minyak masak saji apabila sudah sampai di London, terus menjadi beku akibat suhu sejuk di sana yang dapat membekukan minyak tersebut.

tekak melayu

Cuba letakkan diri kita sebagai seorang anak melayu, mampukah kita tinggalkan makanan yang selalu kita makan dari kecil sampailah besar?

@noor.vlog #CapCut Duduk negara orang kena la blend 😝. #malaysianinlondon #travellondon #malaysiavlog #londonlife #minivlog #travelmalaysia #vlog #vlogmalaysia #malaysiantravellers #perantau ♬ Inilah JalanNya – Masdo

Lepasni Saya Nak Buka Kedai Runcit La Dekat London

Meninjau di ruangan komen, sampai ada netizen yang bertanya bagaimana nak menjual produk Malaysia ke luar negara.

“Mesti jiran sebelah sedut bau apa best sangat masak ni!”, komen Irin mengatakan bahawa semestinya Mat Salleh jiran beliau tidak pernah bau masakan melayu.

“Duduk oversea, maggi ni macam harta karun”, komen pemalasbhai mengatakan bahawa maggi yang kita selalu dapat di mana mana pasaraya di Malaysia ini sangat susah untuk dijumpai apabila berada di luar negara.

tekak melayu tekak melayu tekak melayu tekak melayu

Ramai rakyat Malaysia yang berpindah ke sana tidak dapat atau rindu dengan produk Malaysia.Mungkin ini juga adalah salah satu peluang perniagaan anak melayu untuk memasarkan produk tempatan Malaysia ke Global.

Kredit: noor.vlog

Baca Juga: “Raja Berjiwa Rakyat..” Sebuah Restoran Milik Rakyat Malaysia Di London Menerima Kunjungan Dari Agong

tags: | | | |