Buah kelapa merupakan buah yang sangat popular dan mudah di dapati di Malaysia. Malah air kelapa juga merupakan salah satu minuman yang sangat diminati oleh penduduk di Malaysia. Rasanya yang segar dan manis, oleh itu ia sesuai dengan cuaca di Malaysia. Penduduk di Malaysia biasanya menikmati air kelapa ketika musim panas dan biasanya gerai-gerai yang berhampiran dengan pantai pasti menjual air kelapa ini.
Selain dapat menghasilkan sesuatu dari buah kelapa ini, ternyata ia juga menyimpan segudang khasiat yang baik untuk tubuh manusia. Umumnya ramai yang mengetahui air kelapa ini bermanfaat untuk mencegah dehidrasi. Pada zaman sekarang, terdapat banyak produk-produk makanan dan minuman yang dibuat dari bahan dasar buah kelapa yang diminati ramai.
Okay, seterusnya mari kita bahas berkenaan dengan khasiat yang tersembunyi dalam air kelapa dan baik untuk tubuh badan kita.
Air kelapa telah digunakan untuk mencegah dehidrasi yang disebabkan oleh disentri, kolera, diare dan flu perut. Keseimbangan elektrolit dan plasma air kelapa dalam beberapa penelitian digambarkan hampir sama dengan darah. Oleh itu, setelah olahraga air kelapa ini akan sangat membantu anda untuk mengisi cairan tubuh yang hilang.
Manfaat Air kelapa memang terkenal sebagai bahan yang dapat menggantikan mineral yang telah hilang di dalam tubuh badan kita selama kegiatan olahraga. Orang yang bekerja secara teratur digalakkan meminum banyak air kelapa untuk menjaga keseimbangan ion dalam tubuhnya.
Air kelapa mengandungi asid laurik dan sitokin, dua elemen penting ini yang digunakan dalam proses pertumbuhan dan regulasi sel. Kadungan ini memiliki peranan signifikan terhadap anti prematur, anti-karsinogen dan anti-trombotik yang dapat membantu untuk meminimumkan penuaan kulit, menyeimbangkan tingkat PH dan menjaga jaringan kulit.
Kepada yang hendak memiliki kulit yang baik, air kelapa boleh memastikan kulit anda licin berseri. Apabila anda minum air kelapa ia dapat membantu memulihkan kelembapan semulajadi pada kulit anda. Kulit yang kering selalunya bererti kulit yang rosak. Kulit bergantung kepada lapisan Lipid untuk melawan iritasi kulit yang disebabkan oleh bakteria, virus dan kulat.
Apabila kulit anda menjadi kering, ia akan hilang keupayaan semulajadi untuk melawan bakteria. Oleh itu, ia dapat meningkatkan potensi tumbuhnya jerawat. Tahukah anda, terdapat banyak produk kecantikan yang popular di luar sana yang mengandungi ekstrak buah kelapa kerana kebaikanya dalam penjagaan kulit telah lama terbukti berkesan.
Air kelapa merupakan minuman sihat untuk ibu mengandung karena ia dapat meredakan ‘morning sickness’ dan mencegah muntah-muntah. Selain mengandung elektrolit, kalsium, potasium, sodium, air kelapa juga mengandung Vitamin C yang diperlukan selama tempoh mengandung.
Kalau di banding dengan minuman yang lain, kandungan lemak Air Kelapa sungguh rendah membuat anda tidak perlu takut berat badan anda naik kalau anda minum banyak skali pun. Kalau anda hendak minum sesuatu selain dari air kosong sambil mengekalkan berat badan anda air kelapa sesuai sebagai pilihan.
Jika anda selalu rasa kembung dan susah untuk menghadam makanan, air kelapa juga boleh membantu proses penghadaman anda. Ini kerana air kelapa mengandungi kadar serat tinggi yang dapat membantu dan mencegah masalah pencernaan . Tambahan pula, air kelapa dapat mengurangkan berlakunya refulks asid dalam perut anda.
Tahap elektrolit yang tidak seimbang di dalam badan boleh menyebabkan tekanan darah yang tinggi. Kerana Air kelapa ini mempunyai kandugan elektrolit yang mencukupi dan boleh digunakan untuk mengimbang semula kandungan elektrolit dalam badan.
Kajian yang dijumpai di dalam West Indian Medical Journal 2005, menunjukan air kelapa ini dapat mengurangkan kadar tekanan darah 71%.
Selain itu, Air kelapa juga mengandungi asid amino dan serat yang boleh membantu mangawal kandungan gula dalam darah . Ia juga dapat meningkatkan sensitiviti insulin. Kajian menunjuk bahawa air kelapa membawa kesan terapeutik kepada tubuh manusia dengan cara membantu mengurangkan paras glukosa darah.