Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Biasa Makan Dekat Warung Je” – Gadis Kongsi Gelagat Abah Makan Di Kfry Curi Tumpuan Ramai, Muka Terkejut Tapi Comel

“Biasa Makan Dekat Warung Je” – Gadis Kongsi Gelagat Abah Makan Di Kfry Curi Tumpuan Ramai, Muka Terkejut Tapi Comel

Kategori:
gelagat abah makan di Kfry

Sebagai anak, pasti kita ingin membawa ibu bapa kita makan di tempat sedap untuk menukar selera mereka sekali sekala. Melihat mereka gembira dan teruja dengan sesuatu yang baru sememangnya memberikan kita rasa puas dan gembira.

“Biasa Makan Dekat Warung Je” – Gadis Kongsi Gelagat Abah Makan Di Kfry Curi Tumpuan Ramai, Muka Terkejut Tapi Comel

gelagat abah makan di Kfry

Seperti sebuah video yang tular di TikTok baru-baru ini, seorang gadis berkongsi kisah membawa ayahnya ke restoran K Fry Urban Korea (Kfry) untuk menikmati makanan Korea di sana.

Seperti kita tahu, menu utama di Kfry adalah ayam yang disaluti keju dan pelbagai hidangan Korea lain. Kata pemilik video, pada mulanya, abahnya merungut untuk makan di warung sahaja daripada makan di Kfry. Tetapi, apabila melihat gelagat abahnya, dialah yang paling teruja untuk merasai makanan yang baru dilihatnya itu.

Dengan gelagat itu, orang ramai memuji kecomelan abah yang teruja untuk menikmati ayam Kfry. Dialah orang yang pertama menyarung sarung tangan plastik untuk menjamah ayam.

“Apa yang comel sangat nak makan ni,” tulis pemilik video dengan nama Arissa.

Dari Nak Makan Warung, Abah Teruja Nak Makan Kfry

gelagat abah makan di Kfry

@qwertyuicaapa yang comel sangat nak makan ni???♬ suara asli – Khaireza Puramarta

Melihat ruangan komen netizen, ramai yang turut geli hati apabila melihat gelagat abah dalam video tersebut. Tidak kurang juga yang terharu dan sebak melihat anak-anak membawa ibu bapa ke kedai-kedai dan restoran yang sedap. Mereka berhajat membuat perkara yang sama.

“Tunggu la tekak abah tu dah rasa serasi dengan Kfry maka hilang la warung dalam kamus hidupnya,” ujar Massara dalam ruangan komen kisah gelagat abah makan di Kfry.

“Sama macam bapa saya, sekarang ni tekak dia nak makanan Korea je,” kata Sab.

“Semoga ada rezeki nak belanja mak ayah makan mahal macam ni,” tulis Aqif.

Semoga Ada Rezeki Belanja Mak Abah Tempat Makan Sedap

Comel kan kisah gelagat abah makan di Kfry ni. Dalam kecomelan tu, kita patut puji anak-anak dia yang berusaha menggembirakan ibu bapanya. Menggembirakan ibu bapa bukan diukur semahal mana belanja kepada mereka, tetapi kenagan yang dimiliki bersama.

Sumber: Arissa

Baca juga: Sehebat Mana Teknologi Robot Penghantar Makanan, Kedai Makan Masih Perlukan Tenaga Manusia Untuk Operasi Lancar

tags: | |