Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Budak Lelaki Nyanyi Lagu Kem Bina Jati Diri Di Kenduri Kahwin, Buat Pengantin Lelaki & Mertua Tak Fokus Makan Beradab

Budak Lelaki Nyanyi Lagu Kem Bina Jati Diri Di Kenduri Kahwin, Buat Pengantin Lelaki & Mertua Tak Fokus Makan Beradab

Kategori:

Penyatuan di antara dua pasangan adalah perkara paling terindah untuk dua buah keluarga. Mendirikan rumah tangga adalah membina sebuah Masjid. Maksudnya di dalam masjid akan ada solat secara berjemaah, tazkirah dan ketenangan untuk mengingati Allah SWT.

Tapi kisah untuk pasangan ini membuat pengatin lelaki dan mertua tidak fokus ketika mereka sedang makan beradab di Majlis Perkahwinan tersebut.

Budak Lelaki Nyanyi Lagu Kem Bina Jati Diri Di Kenduri Kahwin, Buat Pengantin Lelaki & Mertua Tak Fokus Makan Beradab

Video yang dikongsikan oleh norkaslitah82 di laman media sosial TikTok. Seorang budak lelaki menyanyi lagu Exist – Untukmu Ibu dan membuat pengatin lelaki dan mertua tidak fokus ketika mereka sedang makan beradab.

Netizen mengatakan bahawa, budak lelaki tersebut menyanyi lagu yang tidak sesuai dengan majlis. Risau jikalau ada yang menangis atau pengantin sendiri yang menangis.

makan beradab

Tetamu dewan majlis perkahwinan tersebut juga terpegun dengan suara nyanyian budak lelaki ini. Suaranya seiras dengan Mamat Exist dan ramai juga yang bertepuk tangan apabila beliau sudah habis menyanyikan di bahagian chorus.

Beberapa kali pengantin lelaki dan mertua lelaki tersebut berpaling ke belakang melihat budak lelaki tersebut dan tidak pasti apa yang diperkatakan oleh mereka.

makan beradab

Tak disangkal, suara budak lelaki ini sangat sedap didengar dan layak untuk dipuji oleh penonton atau tetamu di situ.

@kaslitah♬ bunyi asal – Norkaslitah82

Tahu-Tahu Makan Sambil Menangis, Confuse Nak Makan Ke Nak Nangis

Meninjau di ruangan komen, mereka mengatakan bahawa budak lelaki ini menyanyikan lagu yang salah di majlis perkahwinan. Tapi, menerusi tuan video ini mengatakan bahawa pengantin ini sendiri yang inginkan lagu Untukmu Ibu dinyanyikan.

“Okay la dari pelamin anganku musnah.”, komen Abam Botak yang mengatakan bahawa nasib baik budak lelaki ini tidak menyanyikan lagu yang lagi tidak sesuai untuk majlis kahwin tersebut.

“Lahai, kenapa meja DJ duduk dekat sangat dengan meja makan beradab.”, komen anaNana mengatakan bahawa tempat meja DJ itu tidak sesuai berdekatan dengan meja beradab kerana mungkin akan menganggu pengantin.

makan beradab makan beradab makan beradab makan beradab

Mungkin adik lelaki ini boleh menyertai mana-mana pertandingan menyanyi seperti bintang kecil dan sebagainya kerana suara beliau tidak pecah langsung ketika menyanyi.

Begitulah antara ragam yang ada di Majlis Perkahwinan sesiapa sahaja, tapi itulah kemanisan yang akan dikenang seumur hidup.

Kredit: norkaslitah82

Baca Juga: Ramai Nak Jadi Anak Khairul Aming, Suka Memasak Untuk Kawan-Kawan Walaupun Sudah Ada Yang Berkahwin

tags: | | |