Ingat lagi zaman kecil kita walhal dah besar pun, kita mesti bertanya kepada emak kita sendiri jika ada barang yang hilang di dalam kawasan rumah. Walaupun barang tersebut ada di depan mata, selagi itulah emak kita sendiri suruh cari pakai mata.
Sama juga dengan kes video ini, si suami sedang mencari penutup bekas air padahal ada di depan mata sahaja. Sampai perlukan dua orang lelaki untuk mencari, dan mereka si isteri buat magic.
Video dikongsikan oleh ririnar24 di TikTok media sosial beliau. Ia juga membuktikan bahawa bukan kita sahaja yang alami perkara ini.
Si suami yang ketika itu cuba fokus untuk mencari penutup bekas air. Si isteri hanya mampu gelak sahaja kerana melihat karenah suaminya.
“Cari pakai apa?”, tanya si isteri soalan yang sama seperti emak-emak bertanya.
“Ben pun tak nampak!”, balas si suami mengatakan bahawa kawan beliau juga tidak nampak penutup tersebut.
“Ada lah!!”, tegas si isteri memberitahu kepada si suami bahawa penutup tersebut hanya di depan mata sahaja.
Apa yang lagi melucukan adalah, kawannya juga tidak nampak seperti si suami. Mungkin di dalam keadaan panik, mata kita automatik menjadi tidak fokus kepada benda yang kita cari.
Akhir sekali, beliau jumpa penutup bekas air tersebut selepas bertenang seketika.
@ririnar24 Barang selalu hilang dari pandangan lelaki.. @Anissul Asaad Official @Zafar Noordin
@ririnar24 Barang selalu hilang dari pandangan lelaki.. @Anissul Asaad Official @Zafar Noordin ♬ original sound – RIRI
Meninjau di ruangan komen, ramai yang mengatakan bahawa mereka juga mengalami nasib yang sama seperti pasangan suami isteri ini.
“Lelaki ni lain kita suruh lain dorang buat”, komen Cici mengatakan bahawa suami beliau juga turut sama.
Maka benarlah kaum wanita, kita akan jalani kehidupan kita sehingga tua untuk menjadi seorang magician kepada anak-anak dan juga suami.
Kredit: ririnar24
Baca Juga: “Separuh Jiwaku Hilang..” – Akibat Tak Periksa Sebelum Beli Fishball, Wanita Ini Kesal