Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Jom Buat Kek Indulgence Homemade, Ini Resepi Kek Mochito Indulgence Yang Sedap & Berlemak! Sesuai Untuk Penggemar ‘Chocolate Lover’

Jom Buat Kek Indulgence Homemade, Ini Resepi Kek Mochito Indulgence Yang Sedap & Berlemak! Sesuai Untuk Penggemar ‘Chocolate Lover’

Kategori:

Pernahkah anda ingin belajar cara buat kek indulgence sendiri tapi tak semua orang tahu dan ada kemahiran untuk hasilkan. Agak remeh untuk hasilkan kek indulgence kerana banyak benda yang perlu dibuat untuk hasilkan sebuah kek menarik.

Ini adalah resepi Kek Mochito Indulgence yang boleh dibuat sendiri di rumah.

Apa Kata Kita Cuba Hasilkan Kek Indulgence Secara Homemade, Ini Resepi Kek Mochito Indulgence Yang Sedap & Berlemak! Sesuai Untuk Penggemar ‘Chocolate Lover’

Resepi Kek Mochito Indulgence ini dikongsikan oleh Azlina Ina dan dikongsikan di Port Makan. Banyak bahan yang akan digunakan untuk hasilkan sebuah kek ini.

Kek Mochito Indulgence

Bahan-Baha Adunan:

  • 5 biji telur
  • 1 cawan gula halus (200 – 220g)
  • 1 sudu besar ovalate
  • Sedikit emolco coklat
  • 1 cawan susu pekat (265g)
  • 1 cawan minyak masak (200g)

Bahan Ayak:

  • 2 cawan tepung gandum (220g)
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • Sedikit garam halus
  • 1 cawan serbuk koko

Cara Penyediaannya:

  1. Mix telur, gula halus, ovelate dan emolco coklat sehingga gebu dan kembang.
  2. Kemudian masukkan susu pekat dan minyak masak
  3. Perlahankan mixer dan masukkan bahan ayak bersama 1/2 cawan air panas (100g) beselang-seli dan kacau sebati.
  4. Masukkan dalam bekas loyang 7 atau 8.
  5. Kukus selama 40 – 45 minit menggunakan api besar.

===========================================================================

Bahan Ganache:

  • 500g coklat blok beryls dark compound
  • 1/2 kotak whipping (dairy)
  • 2 sudu besar butter

Cara Penyediaannya:

  1. Double-boil atau masukkan bahan-bahan dalam pengukus atau oven
  2. Bila coklat dah cair, kacau menggunakan whisk
  3. Kemudian rehatkan sampai coklat menjadi agak pekat dan biarkan di suhu bilik

===========================================================================

Bahan Black Mousse:

  • 1 sudu teh gelatin
  • 2 sudu besar air panas
  • 125 cream cheese lembut
  • 3 sb susu pekat
  • 1 /2 cawan coklat nutella
  • 1 sudu kecil emulco coklat
  • 1 1/2 cawan whipping cream vivo (non-dairy)

Cara Penyediaannya:

  1. Larutkan gelatin bersama air. Biarkan 5 minit.
  2. Mix Cheese dan susu pekat sehingga sebati
  3. Campurkan nutella dan emulco coklat dan gelatin. Gaul sebati.
  4. Putar whipping cream hingga lembut.
  5. Tuang campuran coklat dalam whipping cream. Gaul sebati.

===========================================================================

Bahan White Mousse Ganache:

  • 1 cawan coklat putih
  • 1 cawan whipping cream (non-dairy)
  • 1 sudu besar gelatin
  • 2 sudu besar air panas

Cara Penyediaannya:

  1. Cairkan coklat putih menggunakan cara double boiler
  2. Putar whipping cream hingga lembut dan kental
  3. Tuang coklat putih dan gelatin dalam whipping cream. Gaul sebati. Siap!

===========================================================================

Cara Melapis:

  1. Ambil 1 keping kek tuang sedikit white mousse. Ratakan.
  2. Lapiskan 1 keping kek lagi tuang pula black mousse. Ratakan.
  3. Ulang langkah yang sama. Terpulang berapa lapisan nak buat sampai kek siap.
  4. Dah siap masuk peti ais dalam 1 jam. Kemudian baru tuang ganace pada seluruh kek.
  5. Akhir sekali, hias ikut kreativiti anda
  6. Simpan sebentar dalam peti sejuk selama 15 minit.

Kek Mochito Indulgence Kek Mochito Indulgence

Susah bukan untuk sediakan sebiji Kek Mochito Indulgence? Tetapi kalau mahu mencuba, boleh sahaja. Mungkin boleh meluangkan masa bersama dengan anak-anak dapat hasilkan kek ini.

Selamat Mencuba!

Kredit: Azlina Ina

Baca Juga: Perkongsian Hampir 3.2K, Ini Dia Resepi Lengkap Kek Batik Indulgence Mr.Ali Yang Mudah, Sedap Dan Tak Muak!

tags: | |