Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Peniaga Nasi Lemak RM2 Kesal Netizen Cakap Harga Jualan Mahal, Terangkan Bahan Dalam Nasi Kerana Pentingkan Kualiti

Peniaga Nasi Lemak RM2 Kesal Netizen Cakap Harga Jualan Mahal, Terangkan Bahan Dalam Nasi Kerana Pentingkan Kualiti

Kategori:
peniaga nasi lemak

Akhir-akhir ini, nasi lemak murah berharga RM1 hingga RM2 kian mendapat sambutan ramai. Selain harganya yang berbaloi, kuantitinya juga banyak dan ramai pelanggan berpuas hati dengan kualiti nasi lemak murah yang dijual berkenaan.

Tetapi, masih ada juga yang mempersoalkan harga jualan nasi lemak yang dijual oleh peniaga jalanan terutamanya. Walaupun harga yang diberikan sudah murah jika dibanding dengan harga barang mentah sekarang.

Peniaga Nasi Lemak RM2 Kesal Netizen Cakap Harga Jualan Mahal, Terangkan Bahan Dalam Nasi Kerana Pentingkan Kualiti

Seperti luahan oleh peniaga nasi lemak jalanan yang tular baru-baru ini, luahannya mendapat perhatian ramai apabila ramai bersetuju dengan penjelasannya. Ia selepas sesetengah netizen masih mempertikaai harga nasi lemak RM2 yang dijualnya adalah mahal.

Menurutnya sebagai peniaga, dia memang mementingkan rasa dan kualiti. Misalnya, dia mencampurkan rempah seperti bunga cengkih, bunga lawang, pelaga, serai dan halia di dalam nasi lemaknya. Dengan campuran sambal dan telur rebus separuh, ia sememangnya sangat berbaloi dengan harga RM2.

“Nasi lemak RM2 saya masih lagi orang cakap mahal. Macam saya, saya pentingkan kualiti, barang-barang yang saya bubuh dalam nasi saya ni bukan murah bang. Ni bunga cengkih, pelaga, bunga lawang, serai, halia. Semua ni barang-barang yang mahal.

“Jadinya saya terpaksalah letak harga RM2 untuk kos-kos saya yang saya kena tanggung. Hampa mari lah rasa dulu baru tahu rasa dia macam mana,” kata peniaga nasi lemak berkenaan.

“Saya Letak Bunga Lawang, Bunga Cengkih, Pelaga, Serai, Halia Dalam Nasi”

peniaga nasi lemak

@makanbanyaksignature

Replying to @ammar nak beli , taknak tak pe 😀😀 #fyp #nasilemakkedah

♬ Calm Down – Rema

@makanbanyaksignature Replying to @ammar nak beli , taknak tak pe 😀😀 #fyp #nasilemakkedah ♬ Calm Down – Rema

Melihat ruangan komen, ramai netizen turut mempersetujui apa yang diperkatakan oleh peniaga berkenaan. Dengan kepayahan berrniaga di bawah panas matahari terik, orang ramai hanya sedap berkata-kata dari melihatnya secara empati.

“Kalau la ramai orang tahu struggle berniaga tepi jalan ni macam mana, mesti lebih berhemah dalam komenn,” kata netizen dengan nama Chef Dendeng Bakar.

“Orang yang tak meniaga ni tak tahu kak. Berapa modal kita keluar. Saya pun meniaga jugak. Saya tahu macam mana rasa. Saya support,” kata netizen lain dengan nama Angah.

“Orang Tak Meniaga Tak Tahu Jerih Perih Kita”

peniaga nasi lemak

Nasi lemak yang dijual peniaga berkenaan sudah murah dan berbaloi. Dengan rempah yang dicampurkan bersama nasii, sememangnya sajian itu dibuat untuk memberi rasa kepada pelanggan. Berpada-padalah dalam komen anda mengikut situasi.

Sumber: Makan Banyak Signature 

Baca juga: Lock Nasi Lemak Dalam Live TikTok Sahaja, Taktik Jualan Lelaki Ini Lain Dari Yang Lain & Hampir Setiap Hari Jualan Habis Dijual

tags: |