Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Mini Bomboloni Gebu Gebas

Resepi Mini Bomboloni Gebu Gebas

Kategori: ,,
Bomboloni

Donut ‘Bomboloni’ adalah satu trend terbaru kuih muih yang menjadi kesukaan ramai pada masa kini. Semenjak ‘Bomboloni’ menjadi viral, banyak kedai-kedai yang menjualnya dan ada juga yang menjualnya secara online. Senang jelah kan nak cari donut ni.

Untuk siapa-siapa yang nak rasa kesedapan ‘Bomboloni’ ataupun nak berniaga donut ni, boleh la cuba resepi ni.

Bahan-bahan

  • 140g susu segar
  • 6g yeast
  • 280g tepung gandum
  • 25g butter
  • 1 biji telur
  • secubit garam
  • 20g gula
  • Nutella

Cara-cara

  1. Campurkan susu segar bersama yeast. Kacau sebentar dan biarkan selama 10 minit.
  2. Campurkan tepung gandum bersama butter dan gaul sehingga sebati.
  3. Masukkan campuran susu segar dan yeast tadi kedalam tepung gandum yg digaul sebati bersama butter.
  4. Masukkan garam, gula dan telur dan kacau hingga sebati.
  5. Biarkan doh 15-30 minit sehingga kembang. (Tips supaya doh cepat kembang : biarkan di dalam oven selama 15 min serta semangkuk air panas tanpa hidupkan suis oven)
  6. Selepas doh tadi membesar, tumbukkan adunan dan nipiskan. Bentukkan adunan menjadi bulat menggunakan acuan. Rehatkan sekejap.
  7. Gorengkan menggunakan minyak yang sederhana dan pastikan minyak tidak terlalu panas dan tidak terlalu suam.
  8. Apabila sudah masak dan sedikit suam, gaulkan dengan gula. Ambil gunting , dan gunting di tengah-tengah donut dan paipkan dengan nutella.

Taddaaaaaa dah siap !

Untuk rujukan, tonton video dibawah dari DAPURAFRONI. Semoga bermanfaat 🙂

tags: | |