Ibu bapa tidak harus sewenang-wenangnya memberi makanan yang tidak sepatutnya kepada bayi yang berusia bawah dari satu (1) tahun. Bimbang jika ada apa-apa akan berlaku kepada bayi itu sendiri dan takut menyesal di kemudian hari.
Melihat video ini, gelagat seorang bayi ini yang ingin makan lollipop ini mencuit hati netizen kerana ibu beliau tidak benarkan.
Video ini dikongsikan oleh cenonadeee di TikTok media sosial beliau. Seorang bayi di-scam oleh ibu beliau sendiri di mana memberi harapan ‘unboxing’ lollipop di depan beliau.
Dengan harapan ibunya untuk memberi lollipop tersebut tetapi malangnya, lollipop tersebut diberikan kepada kakak beliau.
Sampai terjelir lidah melihat lollipop tersebut kerana ingin merasa bagaimana kenikmatan gula-gula tersebut. Ibu beliau hanya mampu tersenyum sambil membuka balutan plastik lollipop tersebut, dan menunggu reaksi anaknya.
Selepas membuka plastik tersebut, ibunya terus memberi kepada kakak bayi tersebut dan sudah menjangka apa yang akan terjadi. Bayi tersebut terus menangis kerana sedih di-scam dan dikecewakan oleh ibunya sendiri.
Menangis beliau kerana tidak dapat merasa gula-gula tersebut, dan si kakak pula gembira dengan hati senang sambil menikmati lollipop itu.
https://www.tiktok.com/@cenonadeee/video/7205616480979799322
@cenonadeee Sesungguhnya sakit harapan palsu itu benarr 🥹 #fyp #malaysia ♬ original sound – angel jadian
Meninjau di ruangan komen, netizen terhibur dan tergelak melihat telatah bayi tersebut yang banyak akal.
“Jangan nangis dik nanti akak kat belakang pusing 360 darjah.”, komen netizen bernama Manja sambil memerli dalam diam terhadap salah seorang influencer yang pernah viral.
“Penat dia jelir lidah tu, hujung-hujung pun tak dapat. Sabar ya dik.”, komen netizen bernama Kicap Manis mengatakan bahawa kesian kepada bayi tersebut kerana dihampakan.
Bijak tindakan ibu bayi ini kerana tidak memberikan anaknya makan gula-gula yang dapat membahayakan bayi tersebut. Kerana, masih kecil lagi untuk diberikan kepada bayi tersebut.
Kredit: cenonadeee
Baca Juga: “Lain Macam Mainan Dik..” Bayi Suka Bermain Dengan Buah Durian, Kalau Tarik Terus Menangis