Burger jalanan sememangnya menjadi tumpuan ramai kerana harganya yang berpatutan dengan rasanya yang sedap dan mengenyangkan. Bukan sahaja itu, ia juga dapat dinikmati dengan lebih mudah kerana burger jalanan biasanya banyak terjual di mana-mana.
Misalnya, apabila kita lapar pada malam hari, ia adalah antara hidangan yang menjadi pilihan keranai gerai burger jalanan biasanya akan dibuka sehingga lewat malam.
Menyebut hal itu, ada sebuah kisah yang dikongsikan oleh pengguna TikTok mengenai burger jalanan yang dibeli pada lewat malam. Ia memang hal yang tak disangka apabila burger yang dibelinya terdapat topping yang ‘istimewa’.
Menurutnya, dengan reaksi yang terpaku, dia terkejut apabila membuka bungkusan burger tersebut dan mendapati ada sebuah stapler yang saiznya sebesar burger tersebut.
Entah dari mana datangnya, barangkali peniaga tersebut tidak perasan yang dia telah meletakkan stapler berkenaan bersama burger atas faktor keletihan ataupun ramai pelanggan.
“Beli burger dapat free gift. Tu la order malam-malam buta lagi. Kesian brother tu lepas ni dia nak stapler pesanan pelanggan melalui Grab kena beli baru” luahnya dalam video tersebut ditemani suara latar kawan-kawan yang tergelak dengan kejadian itu.
Video berkenaan mencuri tumpuan netizen apabila mendapat lebih 15 ribu tanda suka dengan 300 lebih komen setakat ini.
@tipu_dosa TOLONG CARI OWNER KEDAI😭😭
♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
@yunnyotnyotTOLONG CARI OWNER KEDAI😭😭♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
“Ni buatan orang ni bang. Mungkin bomoh intern,” kata seorang netizen dengan seloroh.
“Hahaha free topping sia,” tulis netizen lain tentang burger tersebut.
“Dorang dah tak main sup bunjut dah sekarang ni,” komen netizen bernama Ash.
Mungkin peniaga tersebut tidak perasan yang dia meletakkan stapler berkenaan sekali dengan burger kerana faktor keletihan. Semoga peniaga tersebut perasan dan ingat ke mana stapler tu pergi. Kasihan pula melihatnya.
Sumber: Yun_Wonder