Biasa kita akan lihat di media sosial tentang pengorbanan seorang ibu kepada anak-anak. Menjaga ketika waktu mereka sakit dan sebagainya. Bagaimana pula dengan pengorbanan seorang bapa kepada anak-anak mereka?
Mereka juga bersengkang mata mencari rezeki kepada keluarga beliau dan cukupkan segala kelengkapan kepada keluarga beliau. Seperti video yang dikongsikan ini, seorang ayah sanggup makan di tepi tingkap wad hospital untuk menemani anaknya yang sakit.
Video ini dikongsikan oleh nishimplussize di laman media sosial beliau TikTok dan netizen beranggapan bahawa video ini dapat memberi kesan yang mendalam kepada mereka.
Anak beliau telah dimasukkan ke dalam wad dan tidak pasti ditahan sebab apa tetapi cara beliau membuatkan netizen sedih rindukan ayah mereka. Beliau sanggup makan di tepi tingkap dan memujuk anak beliau untuk makan dan juga melepaskan rindu beliau kepada anaknya.
Buat waktu ini, pelawat tidak dibenarkan untuk melawat masuk di wad kanak-kanak kerana risau jika ada penyakit luar dan terkena kepada pesakit kanak-kanak.
Tetapi itu bukan menjadi penghalang kepada beliau untuk bertemu mata bersama anaknya. Beliau makan di tepi tingkap wad dan makan bersama anaknya. Sambil memujuk anaknya supaya sentiasa makan dan sihat selalu.
“Khaled lapar ke? Khaled jangan batuk-batuk ya? Jangan selesema. Esok boleh keluar, papa sayang Khaled.”, itulah ungkapan beliau kepada anaknya supaya sentiasa sihat dan boleh keluar bersama beliau apabila sudah kembali sedia kala.
Ayah mana yang tak rindukan kepada anaknya, sanggup makan berdiri di tepi tingkap wad anaknya supaya dapat memberi semangat kepada anaknya.
@nishimplussize makan beradab dlm wad 🤣
@nishimplussizemakan beradab dlm wad 🤣♬ Langit Yang Sama – dalia
Meninjau di rungan komen, melihat ramai yang inginkan suami sifat seperti beliau dimana sangat lemah lembut dan berkorban apa saja untuk anak-anak.
“Untung awak dik, papa awak teman walaupun dekat tingkap wad sahaja. Semoga cepat sembuh!”, komen netizen bernama Fatinnn mengatakan bahawa anaknya itu beruntung dapat seorang ayah seperti beliau yang sanggup teman di mana sahaja.
Walaupun seorang ayah tidak pernah menunjukkan rauk wajah yang risau dan letih, dan tidak pernah juga merungut. Percayalah jika berkaitan dengan keluarga, beliaulah orang yang pertama risau dan cuba untuk selesaikan segala masalah.
Hormatilah kedua ibu bapa kita dan hargai mereka selagi mereka masih ada.
Kredit: nishimplussize