Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Muka Gangster Tapi Beli Susu Marigold” – Teman Mak Shopping Dengan Wajah Gangster, Lelaki Ini Buktikan Jangan Nilai Orang Ikut Rupa

“Muka Gangster Tapi Beli Susu Marigold” – Teman Mak Shopping Dengan Wajah Gangster, Lelaki Ini Buktikan Jangan Nilai Orang Ikut Rupa

Kategori:

Walaupun kita sudah meningkat dewasa, kita masih memerlukan kasih sayang ibu bapa. Tanpa mereka, mungkin hidup kita tidak akan tenteram dan rasa gundah hati selalu.

Kisah lelaki ini buat netizen tergelak dengan gelagat beliau yang sentiasa bersama ibu beliau. Badannya sasa dan muka gangster bermisai garang, tetapi keluar pergi membeli susu marigold di pasaraya bersama ibunya. Dia membuktikan, rupa luaran bukan segalanya kerana yang penting adalah dalaman.

“Muka Gangster Tapi Beli Susu Marigold” – Teman Mak Shopping Dengan Wajah Gangster, Lelaki Ini Buktikan Jangan Nilai Orang Ikut Rupa

Video ini dikongsikan oleh beliau sendiri emceerock, di laman media sosial TikTok beliau. Gelagat beliau ini mencuit hati para netizen kerana muka gangster tetapi anak emak. Ia juga menjadi inspirasi atau teladan kepada netizen yang lain kerana beliau sangat menghormati dan meletakkan ibu belia nombor satu dalam segala hal.

Jika dilihat content beliau di TikTok semua berkaitan dengan ibunya, dan mungkin beliau tunjuk kepada netizen bahawa walaupun muka gangster tetapi masih bantu ibu beliau.

muka gangster

“Muka gangster tapi datang beli susu marigold.”, ayat melalui kapsyen video beliau.

“Teman mom shopping, menyamar. Mak tak tahu kita ni taiko.”, sambung beliau lagi.

muka gangster

Jadilah seperti emceerock ini, walaupun muka gangster tetap temani ibu beliau kemana sahaja. Beliau menjadi pelindung kepada ibunya supaya tiada apa-apa yang berlaku.

@emceerock Shhhh rahsia #hitamitupremium #HelloHongKong #PlayWithOreoBlackpinkMY #beard #rxybca #longbeard ♬ original sound – ajstatus97

Muka Gangster Tapi Anak Mak, Saya Follow

Menjengah di ruangan komen, rupanya ramai netizen pernah berhadapan dengan lelaki sasa seperti beliau dan hadapi perkara yang comel oleh mereka.

“Macam suami saya, muka bengis badan sasa tapi suka minum air boboboy grape.”, komen netizn bernama emylinsyakira mengatakan bahawa suami beliau walaupun muka garang tapi suka minum air kegemaran kanak-kanak.

muka gangster muka gangster muka gangster muka gangster

Walaubagaimanapun situasi hidup kita sekarang, hubungilah ibu bapa kita dan bertanya khabar selalu. Sentiasa berhubung dengan mereka, supaya mereka tidak akan rasa tersisih apabila berjauhan dengan kita.

Kredit: emceerock

Baca Juga: Anak Tanya Tips Bermadu Dengan Mak & Mak Tiri Di Kedai Makan, Tak Sangka Ini Jawapan Daripada Mak Kepada Soalan Tersebut…

tags: | |