Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Beza Orang Memerlukan Bila Dia Hanya Minta Makanan, Bukan Duit – Peniaga Kongsi Kisah Sayu, Lelaki Datang Rayu Minta Makanan Untuk Anak. Ini Kisahnya…

Beza Orang Memerlukan Bila Dia Hanya Minta Makanan, Bukan Duit – Peniaga Kongsi Kisah Sayu, Lelaki Datang Rayu Minta Makanan Untuk Anak. Ini Kisahnya…

Kategori:

Jalan hidup seseorang itu berbeza dengan orang-orang lain, walaupun rambut sama hitam. Ada yang dilahirkan sudah mewah dengan segala benda tapi ada yang dilahirkan pun keluarganya susah untuk makan sesuap nasi sehari.

Lebih menyayat hati apabila kisah lelaki ini merayu minta makanan untuk kedua anak beliau yang masih belum makan lagi. Adakah anda mampu hadapi situasi seperti lelaki ini?

Beza Orang Memerlukan Bila Dia Hanya Minta Makanan, Bukan Duit – Peniaga Kongsi Kisah Sayu, Lelaki Datang Rayu Minta Makanan Untuk Anak. Ini Kisahnya…

Video ini dikongsikan oleh shafiqrazak46 iaitu tuan kedai makan itu sendiri di laman media sosial TikTok beliau. Amat menyedihkan apabila, pengorbanan seorang ayah ini sanggup merayu minta makanan untuk kedua anak beliau.

Lelaki ini sambil merayu dan sambil lap air mata ketika ambil makanan daripada tuan kedai makan itu.

merayu minta makanan

Beliau sanggup tebalkan muka sendiri supaya anak beliau tidak kelaparan. Mungkin beliau sudah bekerja namun masih tidak dapat menampung lagi perbelanjaan untuk bulan itu.

Ini sahaja cara yang dapat untuk selamatkan kedua anak beliau supaya mereka tidak perlu ikat perut.

merayu minta makanan

Jika sekarang anda merasakan diri anda susah, cuba fikirkan masih ada lagi yang lagi susah daripada kita. Cubalah untuk tidak merungut dengan nikmat yang Allah berikan sekarang.

Sentiasa bersyukur untuk segala yang ada sekarang kerana ada lagi yang tidak cukup keperluan berbanding kita.

@shafiqrazak46

Kami didatangai seorang yang merayu minta makanan. katanya untuk 2 orang anak dia yang tak makan lagi. Luruh hati kami terus kami beri makanan untuk dia percuma. katanya nak bayar nanti bila ada duit. kami respect abg sanggup buang ego untuk perut anak2. jangan kita judge keadaan dia sebab situasi masing2 , asalkan tak mencuri dah la. takpe bang kami belanja ok! -Ayam Gepuk PAK AGUS pedas terciduk cawangan kajang. #ayamgepukpakagus #kajang #help #fyp #foryoupage #viral

♬ NO TO RACISM – Islam Shurdhaj

@shafiqrazak46 Kami didatangai seorang yang merayu minta makanan. katanya untuk 2 orang anak dia yang tak makan lagi. Luruh hati kami terus kami beri makanan untuk dia percuma. katanya nak bayar nanti bila ada duit. kami respect abg sanggup buang ego untuk perut anak2. jangan kita judge keadaan dia sebab situasi masing2 , asalkan tak mencuri dah la. takpe bang kami belanja ok! -Ayam Gepuk PAK AGUS pedas terciduk cawangan kajang. #ayamgepukpakagus #kajang #help #fyp #foryoupage #viral ♬ NO TO RACISM – Islam Shurdhaj

Mungkin Ini Petanda Dari Allah Nak Datangkan Rezeki Lebih Buat Awak

Meninjau di ruangan komen, ramai yang bersimpati dengan lelaki ini kerana beliau sanggup merayu minta makanan dengan tuan kedai tersebut.

“Kak bagitahu la saya berapa ringgit yang kak bagi? Saya nak berlanja dia.”, komen netizen bernama Lamisyhaaaaaa yang ingin bersedekah kepada lelaki itu. Tetapi tuan kedai itu telah membalas komen bahawa beliau sudah berlanja.

merayu minta makanan merayu minta makanan merayu minta makanan merayu minta makanan

Kesimpulannya, kita haruslah sentiasa bersyukur dengan nikmat yang ada sekarang. Nescaya, apabila kita sentiasa bersyukur, semuanya Allah akan mudahkan urusan kita dengan sempurna.

Kredit: shafiqrazak46

Baca Juga: Nasib Kucing-Kucing Akibat Gempa Bumi Di Turki, Bukan Kucing Jalanan Merayu Dengan Orang Sekeliling Nak Makan Kerana Sudah Lama Tidak Sentuh Makanan

tags: | | |