Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Kami Semua Nangis Dik Pagi-Pagi Ni” – Budak Lelaki Ini Menangis & Terkejut Kerana Tidak Sangka Keluarga Beliau Buat ‘Suprise’ Hari Jadi Beliau Di Majlis Orang Lain

“Kami Semua Nangis Dik Pagi-Pagi Ni” – Budak Lelaki Ini Menangis & Terkejut Kerana Tidak Sangka Keluarga Beliau Buat ‘Suprise’ Hari Jadi Beliau Di Majlis Orang Lain

Kategori:

Bagi kita seorang kanak-kanak, sambutan hari jadi untuk kita itu sangat bermakna untuk kita. Mungkin kerana, mengharapkan hadiah istimewa daripada keluarga tercinta. Sambutan hari jadi ini juga, kanak-kanak akan rasa lebih dihargai dan disayangi oleh ibu bapa mereka.

Seperti budak lelaki ini, beliau menangis dan terkejut kerana tidak sangka bahawa keluarga beliau tiba-tiba sahaja menyanyikan lagu “selamat hari jadi” kepadanya. Walaupun, pada ketika itu adalah majlis sambutan hari jadi orang lain.

“Kami Semua Nangis Dik Pagi-Pagi Ni” – Budak Lelaki Ini Menangis & Terkejut Kerana Tidak Sangka Keluarga Beliau Buat ‘Suprise’ Hari Jadi Beliau Di Majlis Orang Lain

Video ini dikongsikan oleh ibu beliau sendiri iaitu faiezahamran di laman media sosial TikToknya. Budak lelaki ini atau dikenali sebagai Farish Rizzqi yang berusia 8 tahun ini, terkejut dan menangis kerana terkejut akan suprise daripada keluarganya.

Pada ketika itu, mereka sedang sambut ulang tahun mungkin sepupu beliau. Dengan penuh hati, Farish menyanyikan lagu hari jadi kepada mereka. Tapi Farish tidak menyedari bahawa ibu bapa beliau sudah berpakat untuk membuat kejutan kepadanya.

budak lelaki

Alangkah terkejutnya beliau, apabila lagu yang ketiga menyanyikan lagu selamat hari jadi untuknya. Bapanya datang dengan membawa kek daripada belakang dan beliau menunjukkan reaksi hanya mampu terdiam sahaja.

Selepas itu, barulah Farish menunjukkan reaksi menangis dan terharu kerana seluruh keluarganya meraikan beliau.

budak lelaki

Mungkin beliau ingat bahawa ibu bapanya lupa bahawa hari jadinya, tetapi mereka berjaya dapat kejutkan Farish. Mungkin kelihatan seperti lucu, tetapi untuk para netizen lain akan menangis kerana bahagianya seorang anak apabila disambut seperti itu.

@faiezahamran happy birthday abg farish rizzqi yg ke8❣️❣️❣️ #birthdayboy #birthday8tahun #muhammadfarish #anakmakayah #fyp #fypシ ♬ original sound – Faiezah Amran

Muka Dia Tu Buat Aku Nangis

Menjengah di ruangan komen, netizen turut mengalirkan air mata kerana sedih melihat adik Farish ini menangis dan terharu dengan kejutan daripada ibu bapanya.

“Teruk dah aku ni, macam ni pun aku boleh nangis weii.”, komen netizen bernama Firdaus00 mengatakan bahawa, hati beliau mudah sahaja lembut dengan melihat content ini sahaja dapat mengalirkan air mata.

budak lelaki budak lelaki budak lelaki budak lelaki

Hati seorang anak ini, lembut dan mudah sahaja untuk tersentuh jika ada orang menunjukkan penghargaan kepadanya. Sebagai ibu bapa, anda haruslah sentiasa sedar dan ambil tahu tentang perasaan mereka dan cuba memahami mereka.

Kredit: faiezahamran

Baca Juga: “Ini Sebenarnya Kemanisan Malaysia..”, Jiran Cina Buat Parti Hari Jadi Tak Jemput, Tiba-Tiba Dapat KFC, Ini Ceritanya..

tags: | | |