Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Cookies Famous Amos Yang Lazat

Resepi Cookies Famous Amos Yang Lazat

Kategori:

Siapa je yang tak kenal cookies ni kan? Yang paling popular apabila Hari Raya menjelma. Sekali makan memang tak boleh nak berhenti. Tahu-tahu dah habis 1 balang.

Cookies ni bukan laku masa Hari Raya je sebenarnya. Hari biasa pun best juga makan time nonton movie ke kan ?

Jom ikuti resepi yang sangat senang ni. Hasilnya dijamin puas hati. Rasa rangup, manisnya yang sedang-sedang dan ada juga rasa pahit-pahit coklat cip yang lazat !

Bahan-bahan:

  • ½ cawan badam cincang
  • ½ cawan coklat cip

Bahan A

  • ¼ cawan gula kastor
  • ½ cawan gula perang
  • ½ cawan mentega
  • ½ cawan minyak jagung
  • ¼ sudu kecil garam
  • ½ sudu besar susu tepung
  • ½ sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji telur

Bahan B

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar serbuk koko (kalau nak lagi pahit tambah lagi)
  • ½ sudu besar tepung jagung
  • ½ sudu kecil cream of tartar
  • ½ sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara:

  1. Gaulkan Bahan A sehingga sebati dan sisihkan
  2. Ayakkan semua bahan B.
  3. Masukkan bahan B yang telah diayak sikit demi sedikit ke dalam bahan A dan gaulkan sehingga sebati.
  4. Masukkan badam yang telah dicincang dan coklat cip ke dalam doh dan gaulkan semua bahan sehingga sebati. Doh biskut siap!
  5. Panaskan ketuhar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 minit.
  6. Scoop doh dan susun diatas Loyang pembakan(tak perlu sapu mentega pada loyang)
  7. Jarakkan doh dan jangan scoop terlalu banyak kerana doh akan mengembang sekali ganda selepas siap dibakar.
  8. Bakar doh pada suhu 160 darjah Celsius selama 20 minit.
  9. Setelah siap dibakar sejukkan sekejap dan sedia untuk disusun dalam balang kuih raya atau boleh dimakan!

Taddaaaaaaaaaa selamat mencuba! 🙂

Untuk maklumat lebih lanjut sila tonton video dari PrincessYanti dibawah.

Kredit: PrincessYanti

tags: | | |