Jika kita membeli makanan dan kudapan, pasti sesetengahnya ada mengadakan promosi atau label dengan perkataan extra untuk menarik perhatian pelanggan.
Pelanggan akan merasakan apa yang dibeli mereka berbaloi kerana mendapat extra makanan dengan membayar harga sama.
Tetapi, lain dengan fikiran seorang lelaki ini apabila dia membeli biskut Nabati dan mengira lebihan biskut yang dikatakan extra 30% pada plastik berkenaan. Videonya tular hingga mendapat 90 ribu tanda suka dan beribu-ribu komen setakat ini dengan pelbagai reaksi netizen.
“Tengah makan Nabati ni tiba-tiba aku nampaklah tulis extra 30%. Jadi aku terfikir, berapa banyak sebenarnya extra 30% ni. So, jom try kira,” kata lelaki berkenaan mengira lebihan biskut Nabati itu.
Menerusi videonya, dia menggunakan rumusan formula matematik (isipadu kuboid) dengan mengukur tinggi, panjang dan lebar. Dia mengira kesemua 30 batang biskut Nabati yang ada di dalam satu plastik berkenaan.
“Jangan cakap aku boikot Nabati pulak,” ulasnya lanjut.
@alongllo Jangan cakap aku boikot nabati pulak matematikamudah nabati mathspm sirsyafi
♬ original sound – Syafiuddin Baharudin – Syafiuddin Baharudin
@alongllo Jangan cakap aku boikot nabati pulak #matematikamudah #nabati #mathspm #sirsyafi ♬ original sound – Syafiuddin Baharudin
Meninjau ruangan komen netizen, ramai yang marah secara terhibur apabila lelaki ini menghitung biskut Nabati yang dikatakan extra 30% berkenaan.
“Cuba kira sabun yang 99.9% dapat membunuh kuman tu,” kata Ayden.
“Mantap lah bang, SPM tahun depan keluar Nabati pulak,” komen Arif.
“Makan je lah bang kau kira pulak,” tulis Adam.
Melihat kepada video ini, perasaan ingin tahu seseorang akan mendedahkan segalanya. Jadi, sentiasalah ada perasaan ingin tahu supaya kita tidak tertipu dalam apa jua keadaan. Min nak sambung gelak jap!
Sumber: Syafiuddin Baharuddin