Bila hidup sebagai suami isteri ini, banyak kenangan yang boleh diciptakan kerana kita akan jalani hidup sampai tua bersama-sama. Sentiasa bertolak ansur dan cuba selesaikan masalah secara bertenang jika berlaku apa-apa konflik.
Wanita ini kongsikan video detik romantik bersama suaminya apabila beliau mengidam makan cadbury. Tetapi, suaminya pandai bergurau dan menunjukkan sifat penyayang kepadanya.
Video ini dikongsikan oleh alhaqqem menunjukkan reaksi kegembiraan isterinya apabila mendapat kejutan daripadanya. Beliau bergurau dengan isterinya mengatakan bahawa beliau tidak mampu dengan mengatakan bahawa beliau hanya mampu beli kitkat sahaja.
Isterinya mengidam makan cadbury tetapi beliau buat kejutan lain pula. Beliau mengeluarkan banyak lagi coklat dari beg dan poket seluar beliau dengan bermacam jenis coklat.
Walaupun hanya mengidam makan cadbury tetapi banyak yang dibeli oleh beliau. Antara coklat yang dibeli oleh beliau adalah, kitkat, Cadbury roast almond, tiramisu, ferrero rocher dan Cadbury blackforest.
Netizen memberi reaksi bahawa ingin baling telefon mereka kerana romantiknya dapat dirasakan oleh mereka.
Indahnya perkahwinan ini apabila sudah halal, semuanya akan menjadi romantik dan indah belaka. Juga dapat mengajak anak-anak muda untuk segera halalkan hubungan mereka.
@alhaqqem penat aku hilang tengok dia happy 🥹♥️#fyp #nafkah #omentiktok
@alhaqqem penat aku hilang tengok dia happy 🥹♥️#fyp #nafkah #omentiktok ♬ The Simple Things – Michael Carreon
Meninjau di ruangan komen, netizen inginkan hubungan seperti mereka dan juga rasa ingin baling telefon mereka ke laut kerana rata-rata mereka ‘single’.
“Aduh, kau sabar nanti aku kahwin.”, komen netizen bernama nahh dan mengatakan bahawa tunggu beliau kahwin dan akan buat video seperti ini juga.
Untuk pasangan yang telah berkahwin, sentiasalah berbaik dengan satu sama lain. Sentiasa bertanya apa yang perlu dibaiki untuk lebih bahagia.
Kredit: alhaqqem