Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Lelaki Ini Makan Kelapa Setiap Hari Sejak 28 Tahun Lalu, Ini Kisah Di Sebaliknya..

Lelaki Ini Makan Kelapa Setiap Hari Sejak 28 Tahun Lalu, Ini Kisah Di Sebaliknya..

Kategori: ,
makan kelapa setiap hari

Uniknya seorang lelaki di India, New Delhi kerana tidak makan benda lain selain kelapa, sejak 28 tahun lalu, sebagai alternatif ‘merawat’ masalah refluks gastro-esofageal (GERD).

Oddity Central melaporkan, Balakrishnan Palayi mendakwa kelapa yang membuatkannya sihat dan cergas.

Lelaki Ini Makan Kelapa Setiap Hari Sejak 28 Tahun Lalu, Ini Kisah Di Sebaliknya..

makan kelapa setiap hari

Balakrishnan sebelum ini disahkan mengalami GERD dan penyakit itu membuatkannya hilang kekuatan sehingga dia sukar bergerak.

Bagi merawat penyakitnya, Balakrishnan mula makan kelapa dan keadaannya menjadi lebih baik hingga dia nekad makan buah berkenaan saja.

“Kelapa mempunyai mineral, seperti kalsium, magnesium, natrium, dan kalium. Ia membantu (dia) mendapatkan semula kekuatan dan kini, saya jadi cergas dan sihat.

“Dia juga mengamalkan diet yang ketat iaitu makan kelapa sahaja,” kata vlogger dan pempengaruh dikenali sebagai Shenaz ketika mengadakan temu bual dengan Balakrishnan.

Menurut Harian Metro, media tempatan di India melaporkan Balakrishnan adalah pemain bola sepak di kelab tempatan ketika zaman mudanya.

Pada usia 35 tahun, doktor mengesahkan lelaki itu mengalami masalah GERD.

Makan Kelapa Rawat Sakit GERD

Setiap kali makan, makanan itu ditolak dari perutnya ke dalam esofagus dan kemudiannya dia akan muntah.

Balakrishnan pernah mencuba pelbagai jenis diet tetapi hanya kelapa dan air kelapa yang membuatkannya berasa lebih baik.

Jadi, dia menjadikan itu sebagai amalan selama 28 tahun.

“Saya makan kelapa setiap hari. Keluarga saya juga beralih kepada penanaman kelapa,” kata Balakrishnan.

Pada usia 64 tahun, Balakrishnan jauh lebih sihat daripada kebanyakan individu seusianya.

Dia bekerja di ladang keluarga, berenang dan bersenam setiap hari, di samping tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius.

Umur 64 Tahun Tidak Punya Masalah Kesihatan Serius, Malah Makin Cergas Kerana Amal Petua Ini

makan kelapa setiap hari

Diet kelapa Balakrishnan pertama kali dilaporkan pada 2019, menerusi artikel New Indian Express hingga mendapat perhatian meluas.

Walaupun ia memberikan beri kesan positif, seorang pegawai perubatan, Dr Tushar Tayal menyifatkan kes Balakrishnan sebagai unik, namun dia tidak mengesyorkan sesiapa mencuba diet kelapa.

Sumber: Harian Metro

Baca juga: “Bapak Cuma Mampu Belikan Ini” – Gadis Ini Menangis Bapanya Hadiahkan Sebungkus Roti Coklat Sebagai Hadiah Ulang Tahun Kerana Tiada Wang

tags: | |