Lelaki yang dapat menerima segala kekurangan wanitanya adalah lelaki paling hebat di dunia. Tidak semua mempunyai perjalanan hidup yang baik sepanjang mereka hidup. Ada yang merana sebelum bahagia, kerana kehidupannya amat perit untuk dihadapi.
Wanita ini menceritakan bahawa sebelum berkahwin, beliau memberitahu kepada suaminya bahawa beliau mempunyai kisah pahit dan gelap. Namun lain pula jadinya…
Kisah plot twist ini dikongsikan oleh andressitta25 yang menceritakan bahawa beliau pernah bercerita kisah hidup pahit dan gelap beliau. Beliau membuat video ini sambil sedang makan dan seperti mengelamun kisah hidupnya.
Tapi lain pula jadinya, apabila ada cerita plot twist di dalam kisahnya.
Ketika beliau cuba untuk menceritakan, bakal suaminya mengatakan tidak perlu kerana dia terima seadanya beliau.
Maka ketika semasa majlis perkahwinan dan malam pertama semua berjalan lancar. Disinilah rahsia terbongkar apabila suaminya juga turut sama seperti beliau.
Rupanya pengalaman pahit dan gelap yang beliau lalui itu bukanlah yang seperti anda bayangkan. Mereka masing-masing memakai gigi palsu kerana mereka telah patah gigi akibat kemalangan.
Beliau patah gigi akibat memakai pendakap gigi palsu manakala suaminya patah gigi akibat jatuh main basikal lajak.
https://www.tiktok.com/@andressitta25/video/7176556653880429850?_r=1&_t=8aXoKlo0AmA
@andressitta25 sungguh hebat perancangan Allah. #suamiisteri #kisahrumahtangga #cintadanjodohrahsiaallah #setiaitumahal #husbandandwifestory ♬ tak bisa memilihmu – 🎧
Menjengah di ruangan komen, netizen pada awalnya mahu mengetahui apa sebenar yang terjadi kepada mereka. Malah, cerita mereka menjadi plot twist apabila masing masing rupanya memakai gigi palsu.
Semoga pasangan suami isteri ini sentiasa bahagia dan sentiasa hasilkan content ragam suami isteri yang mampu hiburkan netizen.
Kredit: andressitta25
Baca Juga: “Muntah Hijau..” Rasa Menyesal Makan, Sangka Jem Roti Berperisa Coklat Namun Rupa-Rupanya..