Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Sup Kambing Versi Pekat, Boleh Makan Bersama Nasi Kosong & Cicah Dengan Roti! Sesuai Untuk Sahur Tidak Lama Lagi

Resipi Sup Kambing Versi Pekat, Boleh Makan Bersama Nasi Kosong & Cicah Dengan Roti! Sesuai Untuk Sahur Tidak Lama Lagi

Kategori:

Bila dah masuk bulan Ramadhan, ramai di antara kita yang akan tiada selera makan kerana makan di awal pagi. Tapi, kita harus makan juga supaya perut tidak kosong sepanjang hari dan berasa letih.

Ini adalah salah satu makanan yang boleh dimasak semasa sahur. Resepi Sup Kambing Versi Pekat ini boleh dimakan bersama nasi kosong dan cicah dengan roti. Sangat sedap!

Resepi Sup Kambing Versi Pekat, Boleh Makan Bersama Nasi Kosong & Cicah Dengan Roti! Sesuai Untuk Sahur Tidak Lama Lagi

Resepi Sup Kambing Versi Pekat ini dikongsikan oleh Azizah Daud dan dikongsikan semula oleh Facebook Page Resepi Panas.

Resepi Sup Kambing Versi Pekat

Bahan-Bahan:

  • 1 kg daging 7ulas bawang putih (dimayang)*
  • 10 biji bawang merah (dimayang)*
  • 3inci halia (diketuk)*
  • Kayu manis*
  • Buah pelaga*
  • Bunga cengkih*
  • Bunga lawang*
  • 5 sudu besar rempah sup atau kurma adabi*
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk Perasa
  • Limau nipis
  • Cili padi (kalau nak pedas)
  • Bawang goreng
  • Daun Ketumbar atau daun sup

Resepi Sup Kambing Versi Pekat

Cara Penyediaannya:

  1. Kambing dibasuh bersih menggunakan tepung gandum untuk hilangkan bau.
  2. Tumis rempah 4 sekawan dan bawang-bawang yang dimayang tadi.
  3. Masukkan halia ketuk bila dah kekuningan
  4. Masukkan rempah serbuk sup tadi yang dibancuh dengan sedikit air.
  5. Kacau rata dengan masukkan daging kambing, kacau sehingga keluar jus baru masukkan air seberapa banyak untuk sesuaikan dengan daging tadi.
  6. Biarkan ia mendidih sehingga empuk, baru masukkan garam gula serbuk perasa sesuai dengan citarasa anda.
  7. Perahkan sedikit limau nipis dan potong cili padi kalau nak pedas.
  8. Renihkan sehingga pekat seperti yang kita nakkan.
  9. Apabila dah siap, hidangkan dengan tabur bawang goreng dan daun ketumbar atau daun sup

Resepi Sup Kambing Versi Pekat

Resepi Sup Kambing Versi Pekat ini sangat sedap tapi jangan makan selalu, risau kerana banyak lemak dan kolestrol.

Selamat Mencuba!

Kredit: Azizah Daud

Baca Juga: Ini Resepi Sup Tulang Merah Gearbox Kambing Ala Thai Yang Mudah, Sedapnya Sampai Ke Tulang!

tags: | |